10 Tempat Menarik di Langkawi

10 Tempat Menarik di Langkawi

10 Tempat Menarik di Langkawi// Sejak kerajaan announce travel bubble di Pulau Langkawi, mesti ramai yang sudah mula plan hendak bercuti kan? Sama la kita, kebetulan hotel dan tiket flight tahun lepas ada lagi belum diguna. Cuma setakat ni tak tahu lagi bila tarikh nak perginya 😊

Langkawi ni, pergi banyak kali pun tak jemu rasanya. Kali terakhir kami ke Langkawi pada bulan Januari 2020, sebelum Covid-19 ni berleluasa. Jom kita tengok mana tempat menarik yang wajib dilawati di Langkawi.

Dataran Lang

Dataran Lang (Dataran Helang) terletak berhampiran Jeti Kuah merupakan mercu tanda Langkawi. Maksudnya, wajib singgah sini untuk ambil gambar 😊 Kita boleh parking kereta di jeti dan berjalan saja ke Dataran Lang.

10 Tempat Menarik di Langkawi Dataran Lang

Oh, jangan lupa makan aiskrim roti sambil menikmati pemandangan laut di Dataran Lang ni tau! 😊

Lokasi: Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 Jam

Kota Mahsuri dan Makam Mahsuri

Pulau Langkawi memang sinonim dengan lagenda Mahsuri. Menurut sejarah, Mahsuri telah difitnah dan dihukum bunuh. Semasa menerima hukuman tersebut, Mahsuri telah bersumpah “Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan”.

Makam Mahsuri dipercayai merupakan tempat di mana Mahsuri dimakamkan dan terletak di dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri.

10 Tempat Menarik di Langkawi Makam Mahsurilangkawi-info.com

Kini, Kota Mahsuri dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang dikatakan dibina atas bekas tapak rumah Mahsuri. Di sini juga terdapat sebuah perigi, yang digelar perigi Mahsuri.

Lokasi: Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang

Laman Padi

Tempat menarik untuk bergambar dan ber-OOTD!

10 Tempat Menarik di Langkawi Laman Padi                                          lamanpadilangkawiofficial

Lokasi: Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang

Oriental Village Langkawi 

Oriental Village ni bukan sekadar tempat naik cable car sahaja. Bagi yang tak mahu naik cable car, boleh berjalan-jalan di Oriental Village ni. Ada bangunan-bangunan yang menarik, cenderamata dan restoran, seronok juga untuk berjalan-jalan.

10 Tempat Menarik di Langkawi Oriental Village Langkawi 1
                                                                      panoramalangkawi.com                                                                

Lokasi: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang

Langkawi Cable Car dan Sky Bridge

Langkawi Cable Car (juga dikenali sebagai Langkawi SkyCab) terletak di Oriental Village. Cable car sepanjang 2.2km ini mengambil masa selama 15 minit untuk ke stesen yang teratas. Bagi yang gayat dengan ketinggian, bolehlah mencabar diri naik cable car ni..hehe

10 Tempat Menarik di Langkawi Cable Car
 panoramalangkawi.com

Bila sudah naik cable car, haruslah ke Sky Bridge juga kan 😊 Untuk ke Sky Bridge, kita perlu naik SkyGlide dari stesen teratas cable car.

10 Tempat Menarik di Langkawi SkyBridge Langkawi panoramalangkawi.com

Marina Harbour Langkawi

Dalam perjalanan ke Oriental Village, bolehlah berhenti sekejap di Marina Harbour untuk ambil gambar dengan bot-bot mewah di sini.

10 Tempat Menarik di Langkawi Marina Harbour

Lokasi: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 jam

Pulau Beras Basah

Cara paling senang hendak ke Pulau Beras Basah ialah dengan join Island Hopping tour. Biasanya, kita akan diberi masa dalam 1 jam di sini, sebelum bot datang untuk ambil kita semula. Bolehlah bawa makanan simple-simple untuk berkelah di tepi pantai.

10 Tempat Menarik di Langkawi Island Hopping

Sewa satu bot untuk island hopping

10 Tempat Menarik di Langkawi Island Hopping Pulau Beras Basah 1

10 Tempat Menarik di Langkawi Island Hopping Pulau Beras Basah 1

Jangan lupa pakai sunscreen sebab Langkawi memang panas lit lit. Vitamin C bagus juga untuk kulit 😀

Tasik Dayang Bunting

10 Tempat Menarik di Langkawi Island Hopping Tasik Dayang Bunting 1

Island hopping tour juga akan singgah di Tasik Dayang Bunting. Kita perlu hiking sikit untuk sampai ke tasik ni tapi jangan risau, tak jauh dan tak susah pun hiking ni. Yang penting, sorok semua makanan sebab banyak monyet menunggu untuk serbu..huhu

Pemandu bot banyak kali pesan jangan lambat sebab ramai yang seronok bermain kat sini sampai terlambat balik ke bot..haha..Selain mandi tasik, kita boleh main kayak dan kayuh angsa kat sini. Jadi, perlu bawa duit lebih untuk entrance fee, juga sewa safety jacket.

10 Tempat Menarik di Langkawi Island Hopping Tasik Dayang Bunting 1

Nusantara Gamat

Sebut Langkawi mesti ingat minyak gamat, kan. Kalau luka-luka, minyak gamat biasanya akan dicari dulu. Bolehlah singgah Nusantara Gamat untuk beli minyak gamat dan menariknya juga, kita boleh tengok macam mana minyak gamat dihasilkan di sini.

10 Tempat Menarik di Langkawi Nusantara Gamat
naturallylangkawi.my

Lokasi: Nusantara Maju Enterprise, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang

Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail Group

Tak lengkap nak kemas beg kalau tak beli coklat dan pinggan mangkuk di Langkawi kan? 😄 Antara tempat yang terkenal untuk shopping coklat dan pinggan mangkuk adalah Idaman Suri dan Haji Ismail Group. 

10 Tempat Menarik di Langkawi Idaman Suri naturallylangkawi.my

Lokasi: Idaman Suri, No 1, Taman Seri Berlian, 07000 Kuah, Kedah

Waktu Operasi: 10 pagi – 8 malam

Lokasi: Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah

Waktu Operasi: 9 pagi – 9 malam

Memang banyak lagi tempat-tempat menarik di Langkawi yang boleh dilawati tapi ini saya senaraikan tempat-tempat yang saya kira tak lengkap kalau tak singgah bila dah sampai Langkawi.

Ada tempat lain yang korang rasa wajib singgah kalau ke Langkawi? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊


Enjoy!

_cikEdahyu

Boleh baca: Travelog: Pulau Rawa, Johor

Travelog: Pulau Pangkor, Perak

Travelog Langkawi: Kerisik Restaurant, Laman Padi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menginap di Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Post a Comment

10 Comments

  1. takde experience untuk dishare sebab ammi belum pernah jejak kaki ke langkawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan kita dapatlah jejak kaki ke Langkawi tak lama lagi :P

      Delete
  2. alahai bestnya langkawi. teringat lagi mama terpaksa cancel percutian ke langkawi sebab covid. mujur dpt refund airasia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur dapat refund :) Kena buat plan barulah nampaknya ni..hehe

      Delete
  3. Wah banyak tempat belum terokai lagi, terima kasih berkongsi di sini, menarik gambar-gambarnya, rasa nak terjah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkk sangat tempat cantik kat Langkawi tu..bila nak terjah tuuuu? hehehe

      Delete
  4. Negara kita memang tidak kurang tempat menarik untuk dilawati. Saya belum sampai ke Langkawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak sangat tempat cantik-cantik kat Malaysia ni. Tinggal nak explore je :)

      Saya doakan kak Amie dapat melancong ke Langkawi nanti ye, Aaminn.

      Delete
  5. Cikbunga lum jejak kaki lagi kat sini👆

    ReplyDelete
  6. Lama tak ke Langkawi, last entah bila …lupa. Mmg lama sungguhlah kalau mcm tu hihi… Sure sekarang dah banyak yang lain. Cantik cantik gambo Edah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.