Early April,
2017.
Ini sambungan
dari entry Travelog Greece, Athens: Hadrian’s Arch, Olympieion, Panathenaic Stadium dan Acropolis and Slopes. Turun saja dari Acropolis, kami mencari restoran untuk makan tengahari. Memang sudah kelaparan masa tu 😁
Selepas lunch, kami berjalan hendak ke Ancient Agora. Tapi, sampai-sampai je.. dah tutup! Sedih juga lah sebab tak aware ada visiting hours nak masuk Ancient Agora ni 😓 Ancient Agora tutup pukul 3 petang. Rugi betul!
Ya, Athens ada Hard Rock Café dan kami singgah Rock Shop untuk beli merchandize 😊 dan feels the vibes. Dan sudah menjadi kebiasaan kot untuk singgah Rock Shop kalau travel. Kebetulan ada di Athens jadi kami singgah untuk tengok merchandize yang ada.
Salah satu keistimewaan di Athens adalah gelato dia yang sedap (ini yang kami bacalah). Jadi, bila nampak kedai gelato kami pun singgahlah masuk. Memang tergoda lah dengan flavor gelato yang banyak.
Dan terjadilah kenangan “Gelato incident” di
sini.
Kalau yang
pernah ke Athens mesti sudah tahu perlu extra careful di sini sebab ramai
pickpocket, kan? Ya, kejadian pickpocket ni terjadi pada kami dalam kedai
gelato 😱
Kejadian masa
kami berdua tengah beratur nak bayar selepas pilih gelato. Saya sejenis suka
ambil gambar interior kedai..haha..jadi sementara kakak saya nak bayar, saya
pun dengan niat nak pusing-pusing dalam kedai (tak besar pun kedai) tu untuk
ambil gambar.
Elok je saya pusing belakang nak cakap dengan kakak saya, saya ternampak tangan perempuan sebelah kakak saya dalam beg kakak saya dan dia tak perasan masa tu!!
Berderau rasa…Saya
terus tangkap tangan perempuan tu dan mintak kakak saya check beg dia, ada
apa-apa hilang tak? Sementara saya pegang tangan perempuan tu, dia beria-ria
tak mengaku dia nak mencuri tapi dah terang-terang kot saya tangkap tangan
dia..lol
Dan beria-ria
dia cakap duit dalam genggaman dia (ada duit sekeping), duit dia. Saya memang
tak lepaskan tangan dia sementara kakak saya check beg dia. Alhamdulillah,
takde apa yang hilang dan pekerja kedai gelato tu sedar apa yang terjadi kepada
kami dan telefon polis.
Pekerja kedai tu
relax je telefon polis dan mintak kami tunggu sekejap. Memang tengah tunggu
gelato siap pun. Lol. Kami pula yang macam nervous..haha..mungkin punyalah nak
tunjuk dah selalu terjadi pickpocket kot di sini.
Nasib baik tak lama lepas tu, polis datang dan tanya kami details. Kemudian, dia bawa perempuan tu keluar dari kedai. Tak tahulah apa terjadi lepas tu. Kami macam “Oh, settle macam tu je”..haha..Tapi, lega jugalah sebab habis di kedai gelato tu je. Dibuatnya kalau kena pergi balai polis buat report ke..kan dah spoilt the mood 😂😂
Lepas bertenang
sikit dan habiskan makan gelato, kami sambung jalan shopping..haha..iyelah,
laluan nak balik ke hotel penuh dengan shopping street 😊
Ada satu masa kami
nak masuk satu kedai ni, selamba ada orang lalu sebelah..keluar kedai dengan
bawak baju hanger dan siren kedai tu berbunyi..haha..muka confident betul! Dan
orang pandang je, tak buat apa-apa 😆
Lepas tu, masa
kami kat dalam kedai tu. Nampak orang yang sama, tengok-tengok baju. Apakah?
Tapi, tak semua orang jahat di Athens ni.
Dalam Sephora, masa tu tengah tengok barang sebelah
pintu masuk. Ada orang tegur suruh hati-hati dan selempang bag ke depan sebab
masa tu saya selempang beg ke tepi, beg arah pintu pula tu…huhu..Alhamdulillah,
ada juga orang baik yang mengingatkan 😊
Sambung jalan balik ke hotel, kami mencari kedai untuk makan malam. Kami jumpa kedai nan dan beli nan cheese tapi tak sedap..haha..tak kena tekak langsung sebab cheese dia jenis berbau 😑 Nasib baik ada beli strawberi siang tadi. Ada juga makanan buat alas perut 😊
Memang
pengalaman betul lah, di Athens ni 😊
Sebelum tidur,
kami kemas beg siap-siap sebab esok awal-awal pagi nak check-out. Flight kami ke
Istanbul pukul 8pagi. Overall, Athens ni best dan cantik sebab sejarahnya tapi
perlu extra extra careful 💓
You guys pernah
visit Athens? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Turkey: Hot Air Balloon Cappadocia
Travelog Turkey: Green Tour in Cappadocia
8 Comments
Memang kena berhati-hati kan... tindak-tanduk penyeluk saku ni sangat smooth. Kita leka sikit tahu-tahu dah selamatlah barang berharga. Geram tengok strawberi tu! :)
ReplyDeletebetul tu, terleka sikit je boleh jadi. Tak sangka dalam kedai gelato pun boleh kena :(
DeleteStrawberi, oh strawberi *mata love*
wuu dasat kat sana pickpoket dia.. alhamdulillah allah nak tunjuk masa tu kan.. seronokbya jenjalan athens
ReplyDeleteDengan muka innocent tak mengaku tu, mamapp..haha
DeleteTeringat kawan saya travel ke sana. Baru jew sampai hari pertama, salah seorang ahli rombongan kena selok poket tak tinggal satu sen pun!
ReplyDeleteAllahu, lagi sedih sebab tak perasan kan.. Kita kena extra careful kat tempat-tempat macam ni, sebab kadang-kadang terleka
Deletewahh dh jdi hero selamatkan beg kawan.. hebatts2 😅
ReplyDeleteAlhamdulillah, nasib baik perasan awal..huhu
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.