Early April, 2017.
Selepas 1 malam di Oia, kami ke Fira pula. Hati memang dah jatuh cinta dengan Oia 😍 kalau ada bajet lebih boleh lah duduk 2 malam di Oia rehat-rehat, tapi kami pilih 1 malam saja di Oia dan 1 malam lagi di Fira 😃 Nak tengok kecantikan Fira pula, main town Santorini ni.
Dari Oia, kami naik bas ke Fira (EUR 1.80 seorang) dan terus check-in hotel untuk tinggalkan luggage.
Antonia Hotel ni terletak di tengah town Fira.
Bagi saya location nya just nice je, tak rasa crowded. Satu malam: EUR 35. Lepas
check-in dan berehat sekejap, kami keluar untuk jalan-jalan. Plan hari ini nak
jalan-jalan Fira - Firostefani - Imerovigli.
Sebenarnya masa awal-awal planning, kami nak hiking
dari Oia ke Fira. Tapi memandangkan jarak dari Oia ke Fira (Oia – Imerovigli – Firostefani
- Fira) kira-kira 10km jauhnya, kami batalkan hasrat suci murni itu dan naik
bas saja..haha
Jarak dari bandar Fira – Firostefani - Imerovigli
kira-kira 3.5km. Jadi, lebih sesuai untuk berjalan santai sebab bolehlah 3.5km jalan-jalan
dengan pemandangan caldera kan 😊 Cuaca pun just nice je, bukan musim
panas. Jadi, kita layan jalan-jalan ambil angin.
Apa-apa pun sebelum mulakan perjalanan, kita lunch dulu 😃 Kami lunch di Classico Restaurant, Fira town. Di Santorini ni, memang lunch with view saja. Makan di Classico Restaurant ni memang akan dapat direct view laut yang cantik dan bangunan bertingkat-tingkat tu.
Jalan-jalan Fira – Firostefani - Imerovigli. Sebenarnya dari Fira, tak dapat beza pun sempadan ke Firostefani atau Imerovigli. Jadi, kami berjalan ikut langkah kaki saja.
Lepas dinner, memang dah gelap. Jadi, kami
berjalan terus balik ke hotel. Esok flight ke Athens pagi-pagi buta, jadi kami
book airport shuttle dengan hotel (EUR 10), senang. Tak pening kepala nak ke airport 😊
You guys pernah visit Fira, Santorini? Bolehlah
share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Turkey: Hot Air Balloon Cappadocia
21 Comments
Bestnya kira Oia dengan Fira berdekatan, macam pantai cenang dengan pantai tengah, tapi magnificent views, ok naik flight gi Athens big city.. Tak sabarnya..
ReplyDeleteHaah, dekat je..naik bas pun sekejap, yang larat nak hiking pun boleh :)
DeleteTunggu next post pasal Athens ya :P
Bestnyaaaa Greece ..kalau ada peluang SA pun rasa nak pergi Greece ni ..ada dalam wishlist..tp x tau la bila bleh pergi kan..
ReplyDeleteInsyaAllah soon..haha..wishlist saya pun dah makin bertambah ni SA
DeleteWah…bestnya!
ReplyDeleteTergoda sungguh kat miniature guitar tu lah.
Kannnn...saya tak beli pun guitar ni, tapi tulah...teringat-ingat. lol
DeleteCantiknya tempat. Tenang... Kalau ada rezeki nak ke sini juga.
ReplyDeleteMemang cantik viewnya, Naniey..huhu..bolehlah masuk dalam to-visit list!
DeleteSubhanallah...cantiknya pemandangan tempat tempat ni.Teruja Maq dibuatnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, cantik! :) :)
Deletecantiknya tempat dia. suka tengok sini rasa tenang dan damai mungkin sebab banggunan putih dia dan laut tu kan
ReplyDeletehaah, sebab view laut dan buildings tu yang rare..memang best :)
Deleteada dalam wishlist dan antara destinasi yang kami jual masa kerja di travel agency tapi kini dah menulis dari rumah je jadi impian tu tak pasti kesampaian atau tidak..
ReplyDeletesalam perkenalan dari blog iamfuzy.com
Salam kenal Fuzy :) Kerja travel agency mesti lagi banyak pengalaman kan
Deleteseronoknya! saya hanya masih mampu berangan untuk ke sana
ReplyDeleteBerangan dulu, Syaz! Berangan tu percuma..hehe
Deletecantiknya tengok pemandangan laut tu, rumah-rumah situ pun lawo...
ReplyDeleteye, lawa sangat! tu yang asyik teringat-ingat ni..haha
Deletehttps://t.me/joinchat/OQBucZvBl-tkYTg1
ReplyDeleteHai kak nk join group belajar buat blog dgn rabia click link ats tu ya
Oraittt, terima kasih Rabia :)
Deletecantiknya, saya teringin nak ke santorini. tapi risau tengok sebab tempat ni macam utk orang2 kaya je ahahaha
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.