28 Aug 2022.
Ini cerita
travelog kami ke Italy, Switzerland dan Paris. Enjoy reading!
KL
– Abu Dhabi – Zurich – Milan
Kami naik Etihad
Airways dari Kuala Lumpur ke Zurich, Switzerland dan dari Switzerland, kami naik train
ke Milan, Italy. Kenapa?
Sebab masa tu
flight ticket ke Milan sangat mahal dan bila buat comparison, lagi economy
untuk naik flight ke Switzerland dulu, dan dari Zurich baru masuk ke Italy naik
train.
Zurich airport – Zurich HB – Lugano - Milano
Centrale
Disebabkan kami
ada Swiss Travel Pass (STP), kami ke STP office dulu untuk sort out train
ticket. Ideanya, kami nak guna STP Day 1 sampai Lugano, Italy dan dari Lugano
tu nak beli train tiket asing.
Nasib baik dekat STP office tu boleh beli tiket Lugano - Milano Centrale siap-siap, jadi tak perlu lah kelam kabut nak beli tiket lagi di Lugano Station.
Cuma kat Lugano nanti
perlu tukar coach train je nanti. Sebab kat Lugano, train coach akan terpisah dua,
ada certain coach je akan teruskan perjalanan masuk Italy dan selebihnya stop
di Lugano Station.
Yang nak tukar
coach ni agak tricky sebab kami pun blur-blur 😂haha..Nasib baik berjaya juga dengan
bantuan train attendant tapi agak marathon la jugak nak tukar coach tu.
Tukar train dan malas nak ke seat sebab jumpa cafeteria. Jadi, kita duduk sini lepak-lepak sambil tengok view.
Dah nama pun duduk café, takkan nak duduk kosong je kan. Jadi, kami beli hot chocolate.
Sebenarnya, public transport dalam Switzerland dah tak perlu pakai mask tapi Italy masih perlu pakai mask. Masuk je border Italy, train attendant tu memang check dan remind semua orang pakai mask. Yang takde mask, ada yang beli kat kaunter cafeteria ni.
Finally,
selepas beberapa jam perjalanan..Milano Centrale!
Milano
Centrale / Milan Central sangat ramai dan laju..haha..kami agak sesat nak
mencari jalan keluar dari Milan Central ni..lol
Nasib
baik hotel kami seberang jalan je dari Milan Central ni, jadi takde lah
kelam-kabut sangat.
Lepas
check-in hotel dan rehat sekejap, kami keluar untuk explore Milan City ni.
Jalan kaki je. Ikutkan google map, dalam 30 minit je ke Duomo.
Milan City
Jalan keluar dari hotel menuju ke Duomo, kami dah pelik sebab sunyi semacam..haha..adoi, rupanya hari kami tiba tu hari Ahad dan kebanyakan kedai memang tutup! 😅
Dulu
masa kat Paris pernah terkena, tapi tak beringat lagi..beria nak shopping tapi
hari Ahad..haha..Dah semangat nak masuk Zara bagai ni 😋 Kami teruskan perjalanan ke Duomo
sebab tempat tu tourist attraction, takkan kedai tutup kot kan..
Dah nak dekat-dekat area Duomo, dah mula nampak orang-orang..haha..Kedai bukak..yay!
Kawasan
Duomo ni memang ramai orang. Dan ini trip travel pertama kami sejak pandemik,
jadi agak pening dengan ramai orang..haha
Italy
dah tak perlu pakai mask (kecuali dalam public transport) tapi kami gagahkan
juga pakai mask walaupun panas sebab memang ramai orang.
Dah sampai Italy, jadi Gelato is a must kan 😍 Jadi, our first gelato di Italy 😍 saiz medium dapat 2 perasa: 5 EUR. Mango dan Cocco. Sedap!
Alhamdulillah,
we survive Milan Day 1 😊 Esok nak ke Serravalle Designer Outlet pula!
You
guys pernah visit ke Milan, Italy? Boleh lah share pengalaman you guys di
ruangan komen ya!
Enjoy!
_Edahyu 😊
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.