Badan Rasa Lebih
Ringan Dan Segar
Badan kita sebenarnya menggunakan tenaga untuk menjalankan proses detoksifikasi (detox badan) dan lebih banyak tenaga diperlukan untuk mencerna makanan tau.
Jadi, bila kita berpuasa makan dan badan kita tidak mencernakan makanan, ia akan dapat memfokuskan tenaganya kepada proses penyingkiran toksin dan penyembuhan 😀
Urus Berat Badan
Secara Sihat
Berpuasa dapat melatih badan kita untuk
membakar lemak bagi mendapatkan tenaga. Bahkan, ia juga boleh memberi manfaat
kepada mekanisma penurunan berat badan secara semulajadi dengan mengaktifkan
mod pembakaran lemak pada badan kita.
Boleh baca: Apa itu Intermittent Fasting - Apa yang berlaku kepada badan kita bila kita berpuasa?
Meningkatkan Tahap
Tenaga
Apabila badan mula membakar lemak dan
bukan glukosa, ia akan membekalkan tenaga kepada otak dan badan. Berpuasa juga
akan meningkatkan paras Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) yang akan meningkatkan
tenaga.
Menggalakkan Kesihatan
Minda Dan Fokus
Berpuasa meningkatkan paras hormon otak
yang menyokong perhubungan sel-sel otak dan pertumbuhan neuron baharu.
Seterusnya, ia akan meningkatkan keupayaan pembelajaran, daya ingatan yang
lebih baik dan fungsi otak.
Boleh Membantu
Mengekalkan Tahap Gula Dalam Darah Yang Sihat
Ketika berpuasa, tiada glukosa baharu
yang akan dibekalkan kepada badan kita. Jadi, badan kita tidak mempunyai
pilihan lain kecuali menggunakan glukosa yang tersimpan dan secara langsung
akan mengekalkan paras glukosa dalam darah kita.
Boleh Menyokong
Kesihatan Jantung
Berpuasa telah dibuktikan baik untuk
kesihatan jantung kerana dapat membantu menyokong tekanan darah, paras
kolestrol dan trigliserida yang sihat.
Menyokong Tindak Balas
Keradangan Badan
Berpuasa membantu merehatkan tubuh badan
kita. Jadi, tenaga badan akan lebih difokuskan untuk melupuskan sel-sel lama
yang rosak dan menjalankan proses pemulihan. Kemudian, tindak balas anti-keradangan
semulajadi badan kita dapat ditingkatkan.
Sumber: SHAKLEE TODAY, Isu 02/2022
Menarik kan? 😊
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan
ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
Nak tahu
macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan sini
Boleh baca: Apa itu Intermittent Fasting - Apa yang berlaku kepada badan kita bila kita berpuasa?
7 Tips Diet Intermittent Fasting UntukKurus- Macam mana nak mula?
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.