7 Tips Diet Intermittent Fasting Untuk Kurus - Macam mana nak mula?

                                       7 Tips Diet Intermittent Fasting Untuk Kurus - Macam mana nak mula?

7 Tips Diet Intermittent Fasting Untuk Kurus// Diet intermittent fasting untuk kurus memang terkenal sebab ianya dapat menurunkan berat badan secara sihat. Dan juga boleh mengelakkan rebound diet 😀Ilmu intermittent fasting dah ada, tapi kita asyik-asyik bagi alasan 😅 

Jadi, macam mana nak mula sesuatu diet? Jom saya kongsikan 7 tips ni.

Bersiap Sedia Mental Dan Fizikal

Bila kita mula berdiet, rasa letih, sakit kepala, kerengsaan, lemah atau sakit perut adalah perkara biasa sebagai kesan sampingan awalan. Ini kerana badan kita sedang cuba untuk menyingkirkan toksin yang telah terkumpul bertahun-tahun lamanya dalam badan kita ini.

Lagipun, badan kita bertahun-tahun sudah biasa dengan tabiat makanan yang sedia ada, jadi bila mula hendak berubah kesan sampingan adalah perkara biasa.

Bagi yang mempunyai gastrik, boleh cuba minum protein soya ESP semasa mula open window intermittent fasting dan akhiri open window juga dengan ESP.

Tentukan Bila Hendak Bermula

Bila dah ada niat untuk berdiet, bila pula nak mula?

Awal tahun adalah motivasi terbaik untuk mula melakukan sesuatu yang baharu. Maklumlah...azam tahun baru kan 😍

7 Tips Diet Intermittent Fasting Untuk Kurus - Macam mana nak mula?

Tapi, sebenarnya tidak perlu untuk tunggu tahun baru untuk memulakan diet intermittent fasting ini, kita boleh bermula pada bila-bila masa sahaja!

Tetapkan Matlamat Yang Realistik

Ada orang hendak kuruskan badan sebab nak nampak cantik ketika berbaju raya contohnya, ataupun untuk berkahwin. Dan meletakkan matlamat yang tidak masuk akal. Bila tak dapat berat badan yang diimpikan, kita cepat putus asa dan tak jadilah nak kurus 😓

Jadi, adalah penting untuk kita meletakkan matlamat yang betul iaitu untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat untuk kesejahteraan jangka panjang, supaya kita tak cepat putus asa. Mampu memakai baju yang bersaiz lebih kecil bukanlah matlamat utama tetapi hanyalah bonus yang menyeronokkan.

Ketepikan Semua Godaan

Bila nampak makanan depan mata, tangan pun cepat mencapai kan? 😁

7 Tips Diet Intermittent Fasting Untuk Kurus - Macam mana nak mula? 

Inilah masanya kita ‘membersihkan” kabinet dapur dan peti ais daripada makanan ringan dan gula-gula untuk mengurangkan godaan! You can do it!

Tumpukan Perhatian Ketika Makan

Buat perancangan sebelum membeli barangan makanan dan pastikan dapur kita diisi dengan makanan sihat yang bernutrisi.

7 Tips Diet Intermittent Fasting Untuk Kurus - Macam mana nak mula?

Masak makanan di rumah juga adalah pilihan yang lebih sihat dan jimat. Nikmati dan hayatilah keenakan setiap suapan daripada sajian sihat anda.

Mulakan Perjalanan Diet Sihat Dengan Perubahan-perubahan Kecil

Kita dah ada tabiat makanan tu bertahun-tahun, susah untuk ubah sekelip mata kan? Apa kata mulakan sedikit demi sedikit.

Contohnya, kita gantikan karbohidrat yang terproses seperti beras putih dengan beras perang; kita boleh pilih untuk makan buah pisang berbanding pisang goreng; atau gantikan minuman manis dengan pilihan yang lebih sihat.

Boleh baca: Performance Drink Shaklee Untuk Hilangkan Haus

Kalau hendak mula amalkan senaman, kita boleh mulakan dengan melakukan regangan atau senaman ringan dahulu. Perubahan yang kecil ini boleh menjadi tabiat yang menyihatkan.

Wujudkan Persekitaran Yang Membina

Diet kita akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan apabila dilakukan bersama-sama rakan dan keluarga. Anda boleh berkongsi senarai beli belah, pelan hidangan dan memberi sokongan antara satu sama lain untuk kekal sihat bersama-sama.

Boleh cari support group untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan semangat, supaya tak penat sendiri dan berhenti di tengah jalan!

Cadangan senaman yang saya lakukan di sini: https://www.instagram.com/s/aGlnaGxpZ2h0OjE3OTE2OTE1OTUwNjIzNzEx?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Menarik kan? 😊

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan sini

Promosi Shaklee Murah

Boleh baca: Apa itu Intermittent Fasting - Apa yang berlaku kepada badan kita bila kita berpuasa?

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.