29 Aug 2022
Ini cerita
travelog kami ke Italy, Switzerland dan Paris. Enjoy reading!
Day 1: Travelog Italy, 2022: Dari Kuala Lumpur ke Milan City
Shopping Day! Day 2 di Milan, Italy ni memang kami reserved untuk shopping day sebab kami akan ke Serravalle Designer Outlet. Dah macam kebiasaan pula untuk mencari designer outlet masa travel ni. Masa ke Athens dulu, kami sempat singgah ke Athens Designer Outlet. Serravalle ni macam Athens juga, outlet under McArthurGlen.
Disebabkan kami tak sewa kereta, kami pilih untuk naik bas ke Serravalle Designer Outlet ni. Boleh book siap-siap shuttle bas di sini. Ada timing tertentu pergi dan balik, boleh lah pilih ikut kesesuaian masing-masing.
Macam kami, kami
pilih bas 10.30am dan bas balik jam 7.15pm.
Shuttle bus ke Serravalle Designer Outlet ni memang convenient untuk kita traveller yang tak sewa kereta. Kami naik dari bus stop depan Milano Centrale. Seingat saya, bas akan pergi 2 stop lagi di sekitar Milan ni ambil orang dan kemudian terus gerak ke Serravalle Designer Outlet.
Perjalanan dari Milan City ke Serravalle Designer Outlet ambil masa dalam 2 jam. Bas sangat selesa, jadi boleh relax tengok pemandangan bandar dan luar bandar nak ke arah outlet tu.
Serravalle Designer Outlet, Italy
Serravalle Designer Outlet ni luas dan ada banyak section. Bolehlah study map dulu kalau dah ada target mana-mana brand sebab takut tak cukup masa pulak nanti 😄
Kami memang tak
plan nak makan kat sini sebab dah ambil heavy breakfast. Jadi, di Serravalle
Designer Outlet ni kami chill-chill shopping dan berhenti rehat makan gelato
je.
Cukup masa, kami
ke tempat bas semula untuk bas balik 7.15pm. Ikutkan kami, sedang elok la masa untuk shopping di designer outlet ni. Mungkin juga sebab kami memang dah ada target barang yang nak di cari, dan mungkin juga sebab tak perlu beratur panjang untuk masuk kedai-kedai di sini. Jimat masa beratur 😉
Sampai je Milan
city, kita letak barang-barang di hotel dulu dan keluar semula untuk cari kedai
makan.
Hari ini baru
nampak hidup kawasan ni, banyak kedai dah bukak..haha..Disebabkan kepenatan, kami
pilih untuk makan di restoran seberang hotel saja.
Lepas dinner,
balik hotel dan tidur 😊 Esok nak ke Bellagio pula!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Boleh baca: Travelog Italy, 2022: Dari Kuala Lumpur ke Milan City (Day 1)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.