9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

 

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi BadanPemakanan yang seimbang dan tinggi dengan antioksidan perlu dititikberatkan dalam menu harian kita kerana tahap imunisasi badan kita juga bergantung kepada pemakanan harian yang di ambil.

Antara sumber makanan yang dapat membantu meningkatkan antibodi imunisasi badan kita adalah makanan yang mempunyai kandungan Vitamin A, C, D, E, Zink dan antioksidan yang tinggi.

9 Sumber Makanan Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan

Sayur Brokoli

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Brokoli merupakan salah satu sayuran yang kaya dengan vitamin. Ia mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan serat yang sesuai untuk meningkatkan antibodi badan. Tetapi, jangan masak terlalu lama ya, untuk memastikan kandungan nutrient brokoli ini dijaga semasa proses masakan.

Sayur Bayam

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Bayam tinggi kandungan antioksidan, beta karoten dan Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan imunisasi badan untuk melawan jangkitan penyakit. Seperti brokoli, bayam juga perlu dijaga kandungan nutrientnya semasa proses masakan.

Bawang Putih

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Bawang putih boleh membantu melawan jangkitan virus dan bakteria kerana kaya dengan bahan aktif alisin. Bahan aktif alisin dapat membantu mencegah jangkitan, terutamanya pada saluran pernafasan.

Kekacang

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Kacang almond dapat membantu meningkatkan imunisasi badan kerana ianya kaya dengan Vitamin E, fosforus, magnesium dan Vitamin B.

Seafood

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Seafood! Makanan bercengkerang seperti ketam, kerang, dan lobster mempunyai kandungan zink yang tinggi. Ini menjadikan seafood sumber makanan untuk meningkatkan antibodi badan kita.

Yogurt

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Yogurt kaya dengan Vitamin D dan mempunyai bakteria kultur hidup yang elok untuk meningkatkan imunisasi badan kita.

Buah-buahan sitrus seperti buah oren dan buah lemon

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Buah-buahan sitrus mempunyai kandungan Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan penghasilan sel darah putih. Sel darah putih ini sangat penting untuk badan kita berfungsi melawan jangkitan virus dan bakteria.

Selain itu, buah-buahan sitrus juga adalah tinggi antioksidan yang dapat melawan radikal-radikal bebas, penyebab penyakit.

Fun fact: 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7.5 biji buah oren.

Baca juga: Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Buah Betik

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Buah betik juga antara buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C, juga elok untuk sistem pencernaan badan kita.

Buah Beri

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Buah beri mengandungi antioksidan dipanggil antosianin yang dapat meningkatkan perlindungan imun badan dan anti-virus. Buah beri juga menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat.

Boleh baca: Buah beri dalam Vivix

Sangat menarik kan? 😊


Enjoy!

_cikEdahyu :)

Post a Comment

18 Comments

  1. Salam, sedap semua, perlu peringatan untuk amalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. kita usaha la ye tingkatkan imun badan. Stay safe!

      Delete
  2. wah semua nya sedap2 ni...
    Nak ke cari berry la lps ni..
    Betik pun dah lama x makan...

    tq share info ni :)

    ReplyDelete
  3. seafood tu susah sikit lah sebab mahal dah sekarang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, betul jugak. boleh la cari alternative lain...hehe

      Delete
  4. kena rajin mkn betik laa nmpk nya lps ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betik pun sedap kannn :) tergodaaaa..haha

      Delete
    2. tp yg nak dpt betul2 elok mmg payah. maksud sy yg manisnya sederhana dan isi x lembik😊

      Delete
  5. Tiber teringin betik tu . Lama x makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena p market la lepas ni, cari betik :P

      Delete
  6. semua sumber makanan ni sy suka makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sihat-sihat pilihan makanan Abam Kie. Stay safe!

      Delete
  7. broccoli dgn yogurt mmg faveourite! myra dah follow #45 nanti singgah blog lagi ea

    Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Myra. done follow juga. Thanks singgah :)

      Delete
  8. yang penting semua sedap tapi berkhasiat

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.