Cara Sistem Imunisasi Badan Bekerja

 

Cara Sistem Imunisasi Badan Bekerja

Cara Sistem Imunisasi Badan Bekerja// Patogen merupakan “benda” jahat yang tidak diperlukan oleh badan kita seperti virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Oleh itu, sistem imun diperlukan untuk melawan patogen daripada memasuki badan kita.

Sistem imun merupakan tentera peribadi yang mengawal badan kita untuk menentang serangan patogen daripada menjangkiti tubuh. Sistem imun juga bertindak sebagai satu tembok pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel yang tidak normal.

Hebat, kan? 😍

Jom kita lihat macam mana sistem imun badan kita bekerja 😊

Cara Sistem Imunisasi Badan Bekerja

Sistem pertahanan peringkat pertama badan kita adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan jus gastrik (asid perut) yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki badan kita.

Contohnya, jus gastrik mempunyai satu sifat iaitu berasid. Jus gastrik ini terdapat di bahagian perut dan akan dikeluarkan sewaktu kita makan. Ia akan membunuh mikroorganisma yang ada pada makanan. Sebab kadang-kadang makanan yang kita makan ada bakteria dan mikroorganisma yang kita tak nampak. Jadi, jus gastrik ini membantu untuk bunuh bakteria yang terdapat dalam makanan.

Cara Sistem Imunisasi Badan Bekerja

Jika kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termasuklah sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan pertahanan badan kita.

Vitamin C membantu merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun badan. Boleh baca mengenai Vitamin C Shaklee di sini.

Selain itu, protein isyarat imun yang dipanggil Interferon memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun, dan melindungi kita daripada serangan kuman.

Interferon berfungsi sebagai “loceng kecemasan” untuk trigger tindak balas antibodi badan kita supaya cepat bertindak.

Cara Sistem Imunisasi Badan Bekerja

Contoh yang paling dekat ialah apabila abang-abang bomba mendengar loceng kecemasan di Balai Bomba, mereka akan bergegas bersiap, berlari ke lori bomba untuk bergerak pergi menyelamat kan? OK, “loceng kecemasan” yang berada di dalam badan kita dipanggil interferon.

Apabila bakteria memasuki badan kita, “loceng kecemasan” akan berbunyi (Interferon) untuk beritahu sistem imun badan kita untuk cepat bertindak. Lalu, askar (sel imun) akan melawan bakteria yang “menceroboh” ke dalam badan kita dengan segera.

Cara Sistem Imunisasi Badan Bekerja

Kesan baik bila fungsi interferon ditambahbaik adalah:

1.    Membantu meningkatkan sistem imun badan

2.    Melindungi diri dari jangkitan kuman dan bakteria

3.    Mengurangkan risiko jangkitan flu dan selesema

4.    Membantu penyembuhan luka

Sebab itu badan kita memerlukan interferon yang mencukupi untuk sentiasa bersedia dan ready to fight apabila bakteria cuba menceroboh.

Boleh baca: Nutriferon Shaklee untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Virus dan bakteria sentiasa ada di sekeliling kita walaupun ia tidak dapat dilihat. Jadi, mari kita usaha tingkatkan sistem imunisasi badan kita untuk menghalang virus dan bakteria ini dari memasuki badan kita. Aamin 😊

Enjoy!

_cikEdahyu :)


Baca juga: 5 Cara Tingkatkan Imunisasi Badan di Rumah

9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Tips Persediaan sebelum Vaksin

Pengalaman Terima Vaksin di WTC Kuala Lumpur

Testimoni : Vitamin C untuk Imunisasi Tubuh

Post a Comment

7 Comments

  1. Bagus info meningkatkan imunisasi, Nutriferon Shaklee dan vitamin C Shaklee.

    ReplyDelete
  2. disebabkan sekarang saya tgh +ve covid, everyday mesti makan shaklee punya vitamin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, take care ye Mazni. Semoga cepat diberi kesembuhan, Aamiin.

      Delete
  3. Info yang bagus, saya suka dengan analogi ibarat abang bomba itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat membantu. Stay safe, ya :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.