9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan/ Pemakanan yang seimbang dan tinggi dengan antioksidan perlu dititikberatkan dalam menu harian kita kerana tahap imunisasi badan kita juga bergantung kepada pemakanan harian yang di ambil.
Antara sumber
makanan yang dapat membantu meningkatkan antibodi imunisasi badan kita adalah
makanan yang mempunyai kandungan Vitamin A, C, D, E, Zink dan antioksidan yang
tinggi.
9 Sumber Makanan Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan
Sayur Brokoli

Brokoli
merupakan salah satu sayuran yang kaya dengan vitamin. Ia mengandungi Vitamin A,
Vitamin C, Vitamin E dan serat yang sesuai untuk meningkatkan antibodi badan.
Tetapi, jangan masak terlalu lama ya, untuk memastikan kandungan nutrient
brokoli ini dijaga semasa proses masakan.
Sayur Bayam

Bayam tinggi
kandungan antioksidan, beta karoten dan Vitamin C yang dapat membantu
meningkatkan imunisasi badan untuk melawan jangkitan penyakit. Seperti brokoli, bayam
juga perlu dijaga kandungan nutrientnya semasa proses masakan.
Bawang Putih

Bawang putih boleh
membantu melawan jangkitan virus dan bakteria kerana kaya dengan bahan aktif alisin.
Bahan aktif alisin dapat membantu mencegah jangkitan, terutamanya pada saluran pernafasan.
Kekacang

Kacang almond
dapat membantu meningkatkan imunisasi badan kerana ianya kaya dengan Vitamin E,
fosforus, magnesium dan Vitamin B.
Seafood

Seafood! Makanan bercengkerang seperti ketam, kerang, dan lobster mempunyai
kandungan zink yang tinggi. Ini menjadikan seafood sumber makanan untuk meningkatkan
antibodi badan kita.
Yogurt
Yogurt kaya
dengan Vitamin D dan mempunyai bakteria kultur hidup yang elok untuk meningkatkan
imunisasi badan kita.
Buah-buahan sitrus seperti buah oren dan buah lemon
Buah-buahan sitrus mempunyai kandungan Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan penghasilan sel darah putih. Sel darah putih ini sangat penting untuk badan kita berfungsi melawan jangkitan virus dan bakteria.
Selain itu, buah-buahan sitrus juga adalah tinggi antioksidan yang dapat melawan radikal-radikal bebas, penyebab penyakit.
Fun fact: 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7.5 biji buah oren.
Baca juga: Keistimewaan Vitamin C Shaklee
Buah Betik
Buah betik juga antara buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C, juga elok untuk sistem pencernaan badan kita.
Buah beri mengandungi antioksidan dipanggil antosianin yang dapat meningkatkan perlindungan imun badan dan anti-virus. Buah beri juga menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat.
Boleh baca: Buah beri dalam Vivix
Sangat menarik kan? 😊
Enjoy!
_cikEdahyu :)
18 Comments
Salam, sedap semua, perlu peringatan untuk amalkan..
ReplyDeleteye betul. kita usaha la ye tingkatkan imun badan. Stay safe!
Deletewah semua nya sedap2 ni...
ReplyDeleteNak ke cari berry la lps ni..
Betik pun dah lama x makan...
tq share info ni :)
Glad it helps! Stay safe ye Ako :)
Deleteseafood tu susah sikit lah sebab mahal dah sekarang hahaha
ReplyDeletehaah, betul jugak. boleh la cari alternative lain...hehe
Deletekena rajin mkn betik laa nmpk nya lps ni ;-)
ReplyDeletebetik pun sedap kannn :) tergodaaaa..haha
Deletetp yg nak dpt betul2 elok mmg payah. maksud sy yg manisnya sederhana dan isi x lembik😊
DeleteTiber teringin betik tu . Lama x makan hehe
ReplyDeletekena p market la lepas ni, cari betik :P
Deletesemua sumber makanan ni sy suka makan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sihat-sihat pilihan makanan Abam Kie. Stay safe!
Deletebroccoli dgn yogurt mmg faveourite! myra dah follow #45 nanti singgah blog lagi ea
ReplyDeleteBlog | The Grey Lines Between
Hai, Myra. done follow juga. Thanks singgah :)
DeleteWajib semua ni
ReplyDeleteye, setuju! Stay safe :)
Deleteyang penting semua sedap tapi berkhasiat
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.