Jalan-Jalan Cari
Makan di Melaka// Geng suka makan angkat tanganšSemasa
cuti Deepavali bulan lepas, kami bercuti ke Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Dari
PD, kami lajak bermalam satu hari di Melaka. Cuti panjang kan, masa tu š
Dah sampai Melaka, haruslah jalan-jalan cari makan kan? Hehe.. jom saya kongsikan makanan sedap yang kami cuba semasa di Melaka tempohari.
Dodol cair
Selalu kita jumpa dodol yang keras warna gelap tu kan, tapi saya lagi suka dodol cair sebenarnya. Lembut je rasa masuk dalam mulut..hehe..rasa manis pun just nice.
Kalau dari Melaka dan ke arah tol Alor Gajah,
memang ada banyak kedai-kedai tepi jalan yang jual dodol la, cencalok la.. Dodol cair ni kami beli di kedai sebelum jambatan. RM10, makan
panas-panas sedap memang sedap. Makan waktu sejuk pun sedap, dah sejuk pun
masih cair dodolnya.
Lokasi: Gerai tepi jalan, sebelum jambatan arah
tol Alor Gajah.
Putu piring
Lokasi: Gerai tepi jalan, hadapan Kompleks Niaga Limbongan.
Asam Pedas Pokok Besar
Ada macam-macam jenis asam pedas kita boleh pilih. Kami pilih asam pedas telur ikan, asam pedas pari dan asam pedas tetel. Alhamdulillah, kenyang.
Memang kena dengan selera kami. Air pula semestinya
air mata kucing ais.
Lokasi: Asam Pedas Pokok Besar, Taman Kota
Laksamana.
Roti canai berlauk
Sarapan pagi roti canai special. Roti canai special sebab kuah kari boleh pilih
ikan apa. Ini kuah kari ikan pari. Yang tak nak makan roti canai, ada lontong
juga kat sini.
Lokasi: Kompleks Niaga Limbongan.
Mango Float Royale Melaka
Ini ramai dah tau, kan. Mango float dia boleh
lah, tapi rasanya dulu lagi sedap..haha..rasanya lah….
Service laju. Tak payah beratur lama-lama
sangat.
Lokasi: Kampung Sungai Putat, Melaka.
Laksa telor sarang, Sungai Putat
Gerai laksa ni berhadapan Mango Float Royale Melaka. Kami singgah Sungai Putat mainly untuk makan laksa sebenarnya..haha..memang sedap. Recommended š
Lokasi: Kampung Sungai Putat, Melaka.
Enjoy!
_cik Edahyu
Boleh baca: Berjalan-jalan di Sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir
5 Comments
Dahulu tinggal di Tengkera memang dekat dengan Kompleks Niaga Limbungan. Hehe memang jalan-jalan cari makan ini nampaknya.
ReplyDeleteSedapnya semua, laksa, dodol cair, kecur air liur, teringin putu piring.. Senang gi melaka ada rujukkan sini.. Tq
ReplyDeletewah meriah betul...seronok dapat makan-makan
ReplyDeletepuas ati macam2 dapat merasa.. nanti nak cari dodol cair tu
ReplyDeleteMelaka banyak port makan best. Tapi kalau Ai sampai mesti malas keluar.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.