Punca Rambut Gugur Lelaki dan Wanita Perlu Tahu

 

Punca Rambut Gugur Lelaki dan Wanita Perlu Tahu

Punca Rambut Gugur Lelaki dan Wanita Perlu Tahu// Rambut gugur memang merisaukan, lagi-lagi bila sudah meningkat usia ni. Asyik berkurang je rambut sebab selalu gugur Jadi, saya ada buat homework sikit.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, rambut kita “hidup” lebih kurang 5 tahun. Rambut gugur setiap hari itu memang normal sebenarnya 😊 Kalau ikut kitaran pertumbuhan rambut, rambut kita boleh gugur sebanyak lebih kurang 100 helai dalam masa sehari.

Rasa lega kan? 😁

Tapi, kalau dah tahap keguguran yang teruk dan hampir botak tu, merisaukan lah pula kan 😂 Jadi, apa punca rambut gugur sebenarnya? Antara punca rambut gugur yang lelaki dan wanita perlu tahu adalah:

1.   Stress atau tekanan

Stress atau tekanan dari segi fizikal seperti mengalami kemalangan atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.

Kehamilan merupakan satu contoh tekanan jenis fizikal yang boleh menyebabkan rambut gugur (selain perubahan hormon). Namun, kehilangan rambut dilihat lebih ketara selepas melahirkan bayi berbanding dengan semasa kehamilan.

Tekanan emosi kurang berkemungkinan menjadi punca keguguran rambut, tetapi ianya masih boleh berlaku. Sumber: hellodoktor.com

2.   Perubahan hormon

Perubahan hormon kepada wanita semasa menopause boleh menjadi punca rambut gugur, juga pengambilan pil kawalan kelahiran.

3.   Keturunan

Pola keguguran rambut bagi wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, merupakan pola kebotakan lelaki versi wanita.

Jika mengalami pola keguguran rambut begini, keguguran rambut tersebut mungkin melebar dan mungkin mengalami penipisan rambut yang ketara. Sumber: hellodoktor.com

4.   Faktor pemakanan/ diet harian

Kekurangan pengambilan protein dalam diet harian boleh menyebabkan protein di dalam badan berkurangan. Protein keratin diperlukan untuk menguatkan rambut, memberi struktur dan ketahanan untuk lindungi rambut kita daripada rosak.

Boleh baca: 5 Vitamin Atasi Rambut Gugur

5.   Kekurangan nutrient

Kekurangan nutrient seperti nutrient Zink boleh menyebabkan rambut rapuh, menipis dan gugur. Nutrient Zink penting untuk penghasilan dan replika DNA, untuk menghasilkan jumlah keratin yang sihat.

Baca juga: Bagaimana Zink Dapat Membantu Atasi Masalah Rambut Gugur?

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Tekan sini

diskaun Shaklee

Boleh baca: Set Shampoo Shaklee: Keistimewaan, Cadangan Penggunaan dan Testimoni

Post a Comment

4 Comments

  1. Ada beli zink Shaklee untuk sepupu. Ingat hendak guna juga nanti.

    ReplyDelete
  2. Dulu ambil tahu untuk diri, sekarang refresh balik untuk anak-anak yang membesar ni, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. untuk lelaki kalau rambut gugur tak lama jaoi botak..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.