Malaysia
dah buka border!! Dan sangat excited, boleh jimat cuti sebab sudah tak perlu
kuarantin kan..hehe..Korang ada kebiasaan kumpul souvenir tak masa travel?
Contoh macam mesti singgah Starbucks outlet kat satu-satu tempat ke atau
singgah Hard Rock ke..untuk kumpul merchandize?
Macam
kami, kami suka mencari Rock Shop bila singgah satu-satu tempat. Kumpul t-shirt
atau saja feel the vibes. Ini antara Hard Rock yang kami pernah singgah
sepanjang pengalaman travel. Jom kita mengimbau kenangan 😍
Hard Rock Ho Chi Minh
Kami singgah Hard Rock ni tahun 2011..lebih sepuluh tahun dah. Kalau ikutkan info, Hard Rock Ho Chi Minh sudah tutup dah 😢
Hard Rock Bali
Hard
Rock Bali dekat dengan Kuta Beach. Memang malam-malam sibuk dan meriah sepanjang
kawasan Kuta Beach ni.
Address Hard Rock Bali: Jalan Pantai Kuta,
Banjar Pande Mas, Kuta – Denpasar Bali, Bali 80361 ID
Hard Rock Singapore
Singapore
ada 2 Hard Rock tau. Hard Rock Singapore berhampiran Orchard Road dan satu lagi
Hard Rock Sentosa, dekat Universal Studio Singapore (USS).
Address Hard Rock Singapore: 50
Cuscaden Road, Hpl House #02-01 Singapore 249724 SG
Address Hard Rock Sentosa: 26
Sentosa Gateway, Resorts World Sentosa, The Forum #01 209 Sentosa Island 098138
SG
Hard Rock Paris
Trip
Europe tahun 2013, kami cover Paris (termasuk Paris Disneyland! 😍), Barcelona,
London, Manchester dan akhir sekali, Amsterdam. Pit stop pertama ialah Paris
Disneyland (ada Planet Hollywood Shop) dan kemudian ke bandar Paris.
Hard
Rock Paris walking distance dengan Galeries Lafayette. Boleh lah singgah cuci
mata di Lafayette yang mewah tu.
Address
Hard Rock Paris: 14 Boulevard Montmartre Paris, France 75009 FR
Hard Rock Barcelona
Berhampiran shopping street, senang saja nak cari Hard Rock Barcelona ni. Kenangan yang paling ingat, staff Rock Shop dia sangat friendly dan hyper 😎 plus kacak 😉
Address
Hard Rock Barcelona: Plaça Catalunya 21 Barcelona 08002 ES
Hard Rock London
Kami
naik train dan berjalan kaki saja ke Hard Rock London ni. Selepas tu, boleh
sambung berjalan-jalan ke Hyde Park.
Address
Hard Rock London: 150 Old Park Lane London W1K 1QZ GB
Hard Rock Manchester
Menjenguk
ke dalam kedai menunggu bila lah kedai nak buka ni..haha..macam stalker pun ada 😂
Address
Hard Rock Manchester: The Printworks Manchester, Manchester M4 2BS GB
Hard Rock Amsterdam
Amsterdam
ini pit stop kami yang terakhir untuk Europe trip. Agak jauh sebenarnya Hard
Rock ni dari hostel kami 😅 bila nampak je building Hard Rock ni, legaaaa 😃
Tapi
kalau jalan-jalan kat Amsterdam ni, memang boleh leka..cantik sangat view nya 😍😍
Hard Rock Hong Kong
Hard Rock Macau
Trip
Macau ni kami combine dengan Hong Kong. Flight-in Macau dan kemudian naik feri
ke Hong Kong, dan balik dari Macau juga.
Hard Rock Sydney
Di Australia, kami pergi dua Hard Rock: Sydney dan Surfers Paradise.
Hard
Rock Sydney di shopping mall Darling Harbour. Kalau singgah makan, bolehlah
layan view cantik 😊
Address
Hard Rock Sydney: 2-10 Darling Dr, Harbourside Shopping Centre, Darling
Harbour Sydney, NSW 2000 AU
Hard Rock Surfers Paradise
Address
Hard Rock Surfers Paradise: Cnr Cavill Ave & Surfers Paradise
Blvd, Surfers Paradise, Gold Coast Queensland, QLD 4217 AU
Hard Rock Café Istanbul
Masa
kami ke Istanbul tahun 2016, Istanbul ada Hard Rock Café & Shop yang terletak
di Istiklal Street. Agak tersorok sebenarnya, dahlah sampai malam. Teksi
berhenti tepi jalan je, nasib baik lampu terang benderang..haha
Masa
kami pergi tahun 2017, lokasi Hard Rock Café ni dah berubah (tapi masih di Istiklal
Street) dan hanya tinggal Rock Shop saja. Itu pun katanya dah nak tutup 😓 Memang jualan murah masa tu, memboronglah jugak (berbaloi!).
Hard Rock Uyeno Eki, Tokyo
Tokyo
ada dua Hard Rock: Roppongi dan Uyeno Eki. Uyeno Eki ni terletak di Ueno train
station. Lepas tu, boleh lah singgah Ameyoko Shopping Street..hehe
Address
Hard Rock Uyeno Eki: 7-1-1 Ueno, Atre Ueno 1F Taito-ku, Tokyo-to 110-0005 JP
Hard Rock Osaka Universal
Hard
Rock Osaka terletak di Universal CityWalk betul-betul depan pintu gerbang Universal
Studio Japan (USJ) tu. Memang takkan miss lah Hard Rock ni. Masa trip ni, kami
tak masuk ke USJ jadi saja datang waktu malam, untuk view lampu-lampu ni.
Cantik!
Address
Hard Rock Osaka: 6-2-61 Shimaya, Universal Citywalk Osaka 3F & 4F Konohana
Ward, Osaka 554-0024 JP
Hard Rock Athens
Rasa
agak istimewa Hard Rock Athens sebab ada tulisan Greek “AOHNA” di situ. Kami
singgah Hard Rock ni selepas melawat Acropolis.
Boleh baca travelog Acropolis di sini.
Dalam salah satu kedai gelato di kawasan ini lah kami hampir kena pick-pocket! Boleh baca di sini.
Address
Hard Rock Athens: Adrianou 52 Athens, Greece 10555 GR
Hard Rock Melaka
Hard
Rock Melaka terletak di Sungai Melaka, Bandar Hilir. Betul-betul di pintu masuk
Jonker Street dan depan H&M. Memang takkan miss lah bangunan ni.
Address
Hard Rock Melaka: 28 Lorong Hang Jebat Melaka 75200 MY
Hard Rock Kota Kinabalu, Sabah
Salah satu tarikan di bandar Kota Kinabalu, selain makan seafood..hehe..Hard Rock Sabah ni terletak di Waterfront Mall. Malangnya sekarang dah tutup Hard Rock KK ni ☹
Hard Rock Seville
Hard Rock Seville terletak dekat dengan Real Alcazar je sebenarnya. Masa ke Real Alcazar waktu siang, kami tercari-cari juga Hard Rock ni tapi tak jumpa. Masa tu pasrah jelah, kalau tak jumpa nak buat macam mana kan 😂
Lepas pusing-pusing Seville dan malam nak balik ke hotel, ehhhh jumpa Hard Rock Seville. Dah malam dan rush nak balik hotel, jadi takde gambar dengan Rock Shop pun 😆
Address
Hard Rock Seville: C/San Fernando 3 Seville, Spain 41004 ES
Hard Rock Penang
Hard
Rock Penang terletak di Batu Ferringghi. Ada Hard Rock Hotel, Hard Rock Café
dan Rock Shop dalam satu compound. Tapi, Hard Rock Café ni selalunya akan
penuh..haha..better buat reservation sebelum datang.
Address
Hard Rock Penang: Batu Ferringhi Beach Penang Island 11100 MY
Pengalaman Menginap di Hard Rock Hotel Penang
Eh,
pusing jauh-jauh tapi Hard Rock Kuala Lumpur belum pernah singgah lah 😁 OK,
kena masuk dalam list 😀
Boleh lah share pengalaman Hard Rock you guys di ruangan komen ya!
Enjoy!
_Edahyu 😊
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.