30 Aug 2022
Ini cerita
travelog kami ke Italy, Switzerland dan Paris. Enjoy reading!
Day 1: Travelog Italy, 2022: Dari Kuala Lumpur ke Milan City
Hari ketiga di
Italy, kami buat day trip ke Varenna dan Bellagio untuk view Lake Como.
Selalunya orang akan ke Como, tapi kami pilih Varenna dan Bellagio sebab Como mainstream
sangat kononnya 😆
Awal pagi lagi
kami ke Milano Centrale beli tiket train ke Varenna. Beli tiket di ticketing
machine je, mudah. Dan sebelum naik tren, kena validate tiket tu, validate
machine memang ada di platform.
Tips:
Dari Milano Centrale, duduk bahagian kiri keretapi untuk view Lake Como 😊
Sampai je
Varenna-Esino Station, kami just ikut je crowd ramai-ramai sebab memang semua
nak ke Lake Como. Kami berjalan dalam 15minit juga untuk ke terminal feri
Varenna, untuk naik feri ke Bellagio.
Kami pilih untuk ke Bellagio dulu untuk elak crowd semakin ramai kalau pergi petang, dengan harapan pagi-pagi ni Bellagio belum crowded 😃
Bellagio
Untuk ke
Bellagio, kita boleh naik feri dari Varenna. Jadi, sampai je terminal feri
Varenna, kami terus beli tiket (better beli tiket return) dan tunggu feri
sampai.
Feri ni akan pergi ke 4 bandar: Bellagio, Varenna, Menaggio dan Cadenabbia. Jadi, kena aware dengan time table supaya tak kena tinggal feri. Kalau tak, rugi lah masa nak menunggu feri kan 😃
Perjalanan Varenna ke Bellagio naik feri tak lama, cuma 15minit. Feri pula tak penuh pagi-pagi, jadi kami dapat tempat duduk. Kami pilih untuk duduk bahagian atas, open area. Nak tengok pemandangan Lake Como yang cantik ni luas-luas 😍
Sampai je Bellagio, kami terus ke arah tangga Bellagio yang famous ni 😊 Dari terminal feri, boleh pusing kiri dan jalan terus. Nanti dah boleh nampak tangga ni.
Boleh nampak Lake Como dari atas ni 😉
Kemudian, we stop for gelato break! Gelato is a must in Italy kan 😎
Singgah kedai gelato yang ada. Macam-macam perasa gelato ada 😍
Lepas puas pusing-pusing area tangga ni, kami berjalan pula ke arah menghadap Lake Como. Sebelum tu, kami singgah kejap terminal feri untuk tengok jadual feri balik ke Varenna. Takut leka-leka nanti, terlepas pula feri..hehe
Colorful buildings in Bellagio. Cantik kan?
Kalau dari terminal feri dan pusing ke kanan, ada kerusi-kerusi yang menghadap tasik. Jadi, bolehlah rehat relax-relax tengok pemandangan yang tenang.
Sampai masa, kami bergerak ke jeti semula untuk tunggu feri. Nak ke Varenna pula, perut dah berbunyi kelaparan 😂
You
guys pernah visit ke Bellagio, Italy? Boleh lah share pengalaman you guys di
ruangan komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Boleh baca: Travelog Italy, 2022: Milan City (Day 1)
Travelog Italy, 2022: Pengalaman ke Serravalle Designer Outlet, Italy Dengan Menaiki Bas (Day 2)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.