30 Aug 2022
Ini cerita
travelog kami ke Italy, Switzerland dan Paris. Enjoy reading!
Day 1: Travelog Italy, 2022: Dari Kuala Lumpur ke Milan City
Varenna
Dari Bellagio, kami balik semula ke Varenna naik feri. Masa datang tadi memang beli tiket pergi dan balik, senang.
Perjalanan Bellagio ke Varenna, cuma 15minit naik feri. Tak sedar pun 15minit tu sebab sibuk dengan pemandangan cantik Lake Como dan bangunan-bangunan cantik di tepi tasik ni.
Sampai je Varenna, kita cari restoran dulu sebab kelaparan..haha..dah memang lunch hour.
Kami pilih untuk lunch di Bar II Molo, restoran yang mengadap Lake Como. Agak lama juga la beratur menunggu, hampir 40 minit sebab lunch hour rush. Nasib baik memang dapat view Lake Como yang cantik.
Yang ni memang
unexpected.
Entah, tak perasan kot kat menu tulis “cold rice”, nampak “rice” je kat menu, terus order..haha.. Sekaliiii, nasi sejuk wehh 😂 Tak lalu nak makan..haha..nasib baik salmon tu sedap 😉
Kami tak lama
pun di Varenna ni sebab banyak masa dah habiskan untuk beratur untuk lunch
tadi. Nasib baik lunch sedap dengan pemandangan Lake Como yang cantik. Berbaloi
la beratur menunggu.
Jadinya, lepas lunch kami terus berjalan ke stesen Varenna-Esino untuk naik tren balik ke Milan.
Agak rush di
Varenna sebab kena balik ke Milan dulu, dan kemudian dari Milan, kami nak ke
Venice pula 😊 Perlu kejar train!
You
guys pernah visit ke Varenna, Italy? Boleh lah share pengalaman you guys di
ruangan komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Boleh baca: Travelog Italy, 2022: Milan City (Day 1)
Travelog Italy, 2022: Pengalaman ke Serravalle Designer Outlet, Italy Dengan Menaiki Bas (Day 2)
Travelog Italy, 2022: Day Trip Ke Bellagio, Lake ComoDari Milan (Day 3)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.