Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

 

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Sunset Cruise Langkawi, Oktober 2021.

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi// Salah satu aktiviti yang menarik di Langkawi adalah menaiki cruise. Cruise ni ada day cruise dan sunset cruise. Kami pilih sunset cruise untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di tengah laut. Chewahhh 😜

Ada banyak operator untuk cruise sebenarnya. Jadi, kami take time untuk baca review satu-satu..haha.. Yelah, harga semua boleh tahan tau. Jadi kenalah pilih betul-betul kan, nanti bayar mahal, tapi tak best pula. Menyesal tak sudah 😂

Lepas baca review-review pasal sunset cruise Langkawi ni, akhirnya kami pilih sunset cruise by Manta Blu Cruises. Manta Blu Cruises guna Catamaran Yatch dan kami pilih naik sharing cruise, RM250 seorang untuk sunset cruise. Nak sewa satu yatch boleh juga, bayar jelahhh..hehe 😁

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Sunset cruise ni naik dari Royal Langkawi Yatch Club Marina, Kuah. Waktu berkumpul 3.30 petang di sini. Dari marina ni dah boleh la nak ambil gambar view yatch dan laut 😊 Tapi, masa kami datang ada construction sikit di bahagian bawah, jadi kena adjust view sikit la kalau nak bergambar.

Tapi takpe, kan kita nak naik cruise jap lagi 😍

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi Yatch di sekitar marina

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Duration sunset cruise ini ambil masa dalam 4 jam, bermula dari 4 petang sehingga 8 malam. Mula-mula kita akan dibawa di hadapan Dataran Lang, untuk ambil selfie dengan Encik Helang. Selalu bergambar di Dataran Lang je, kali ini kita bergambar angle dari laut pula.

Selepas itu, baru lah kita di bawa ke tengah laut. Kalau nak berparty, dah boleh la berparty. Boleh ambil-ambil gambar sampai puas sebab view laut memang cantik sangat.

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Sambil itu, kita dihidangkan appetizer. Oh, cruise ni termasuk makanan dan air free-flow ye. Kami relax-relax makan sate dengan sandwich sambil tengok view laut dan sesi bergambar. Cantik 😍

Kemudian, kita boleh tukar baju untuk mandi “Salt Water Jacuzzi Net”. Crew akan turunkan net belakang yatch dan kita boleh mandi dalam kawasan net tu. Rasalah terapung-apung tengah-tengah laut..hehe

Alhamdulillah, enjoy dengan kaki kekuda tahan dengan net 😂 Yelah, tengah laut kan, tak berani juga kalau takde net tu..hehe

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi
Jangan risau, ada bilik untuk kita tukar baju. Selesa 😊

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Selepas mandi, kita makan dinner pula dan melayan view. Menunggu sunset, layan view lagi, ambil gambar, sunset, ambil gambar lagi. Lagi, lagi, dan lagi 😍

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi
Langit sunset di Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Kami sampai di marina dalam pukul 8 malam. Honestly, totally worth it pengalaman naik cruise ni dengan bayaran yang kita bayar. Recommended 👍

Boleh check out IG: @mantablucruises dan website: www.manta.my/


Enjoy!

_cikEdahyu

Boleh baca: Travelog Langkawi: Tempat Menarik di Langkawi

Travelog Langkawi: Kerisik Restaurant, Laman Padi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menginap di Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Travelog Langkawi: Pengalaman Menaiki Sunset Cruise Langkawi

Post a Comment

1 Comments

  1. wahh sonoknyerr naik cruise.. tapi mmg gmbr sunset yg indah n ohsemm tu buat wak pun kagumm 😅😅

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.