Kalau dah sampai
Semporna, macam tak lengkaplah kalau tak pergi island hopping kan 😊 Kami awal-awal dah book
island hopping trip dengan pakejbudakmerah. Boleh checkout IG @pakejbudakmerah.
Book siap-siap senang supaya tak payah kelam-kabut masa kat sana.
Pagi-pagi seawal 8.30 pagi kami dah bersiap dan menunggu guide ambil di hostel untuk ke jeti. Dekat sangat je sebenarnya, tapi dah dia nak ambil kan..kita layankan je lah 😊
Ada 3 pakej island
hopping sebenarnya. Kami ambil pakej yang pergi Pulau Bohey Dulang, Pulau
Sibuan & Pulau Mantabuan, harga RM150.
Itinerary
untuk
island hopping:
- Pulau Bohey Dulang – hiking
- Pulau Mantabuan – snorkeling
- Pulau Sibuan – lunch dan snorkeling
Sangat kecewa sebenarnya
sebab sepatutnya kami nak hiking di Bohey Dulang ni tapi trail tutup. Trail
tutup sebab basah, lately memang hujan on-off jadi trekking trail tak selamat
katanya ☹
Kecewa...
Jadinya, kami bergambar saja. Di Bohey Dulang ni boleh tengok penyu albino. Kecil je penyu nya, tapi unik warna putih.
Oh, package island
hopping ni sekali dengan package photographer/videographer ya 😊 sebab guide akan ambilkan gambar kita
sekali..haha..siap ajar cara posing lagi..lol
Contohnya macam video ni. Nak tergelak pun ada bila tengok semula video ni, semangat dia bagi direction.
Mana gambar snorkeling?
Ada banyak tapi dalam
gopro, belum sempat lagi saya nak proses gambar-gambarnya tapi memang cantik
sangat masyaAllah. Rasa dekat sangat ikan-ikan, starfish dan coral reef tu
semua 😊
Yang saya paling suka, kita akan ada guide untuk aktiviti island hopping ni. Masa snorkeling, akan ada pelampung untuk kita berpaut dan guide yang akan tarik dan bawa kita around. Kita cuma perlu berpaut pada pelampung tu dan enjoy the underwater view! Haha..kiranya takdelah kita dibiar terkapai-kapai untuk snorkel sendiri. Best kan? 😍
Cuma rasa agak tak puas
snorkeling, rasa macam sekejap sangat pun ada. Lagi-lagi sebab cuaca, masa
untuk snorkeling di Pulau Sibuan terpaksa dipendekkan sebab dah nampak
gaya-gaya hujan turun. Sebelum hujan lebat dan laut makin berombak, kami
terpaksa pendekkan aktiviti dan bergerak balik ke Semporna.
Balik dari island hopping around 3pm dan kelaparan. Kami berehat sebentar di hostel dan sementara tunggu waktu makan malam, kami turun cari roti bakar Cham Chuan Kee buat minum petang.
Restoran Cham Chuan Kee ni memang terkenal dengan roti bakar yang sedap. Sederet Cube Bed Station Hostel yang kami duduk je, keluar hostel dan pusing kiri dah sampai.
Memang terbaik! Recommended.
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Pengalaman 3 hari 2 malam di Sipadan Kapalai Dive Resort
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.