Seafood hunting yay! Pada penggemar seafood, mesti gembira datang Sabah ni sebab rambang mata tengok seafood!! 😍 Kami memang penggemar seafood, jadi haruslah seafood hunting bila dah sampai Semporna ni kan 😀
Sebenarnya, sederet dengan Cube Bed Station Hostel ada banyak restoran seafood tapi kami pilih untuk ke pasar beli fresh seafood dan minta restoran untuk masak. Kita buat kelainan sikit.
Jadinya, lepas minum
petang di Restoran Cham Chuan Kee, kami berjalan ke arah area Semporna Seafest. Kalau
haritu kami mencari Starbucks Semporna, kali ini kami ke area belakang Seafest
Hotel, ada pasar di situ.
Pasarnya taklah besar sangat tapi banyak seafood yang fresh gemuk-gemuk. Baru turun dari kapal.
Selepas membeli, kami berjalan balik dan hantar barang basah ke Restoran D’Anjung Samudera Café. Sederet je dengan hostel. Restoran akan tolong masakkan makanan kita, kita bayar upah masak je.
Memang recommended Restoran D'Anjung Samudera Cafe ni, sedap masakan dia. Kena dengan selera sampai kekenyangan.
Alhamdulillah juga dapat berkongsi rezeki 😊
Selepas dinner, kami balik ke hostel dan mula mengemas sebab esok kena check-out pagi-pagi untuk ke Tawau Airport.
Sebenarnya nak tengok Cham Chuan Kee dah buka ke belum (masa tu baru pukul 7am), tapi memang belum buka. Pagi sangat lagi, takde
lah harapan nak merasa roti bakar sebelum balik ☹
Dari Semporna ke Tawau
Airport, kami minta hostel arrangekan taxi. Jadi, pagi-pagi tu memang dah ada
taxi tunggu kami untuk ke airport. Taxi one-way RM110.
Sampai di airport, kami mencari sarapan dulu sebelum check-in. Masa pun masih awal.
Check-in luggage di Ground Floor, naik semula ke departure hall Level 1, tunggu boarding dan bye Tawau/ Semporna/ Sipadan 😊 Till we meet again.
Oh, kertas imigresen
yang kita dapat masa sampai Sabah simpan elok-elok tau, jangan di hilang. Sebab kena
pulangkan di imigresen masa nak balik.
Sekian
percutian. 😊
Alhamdulillah
rezeki, balik dengan hati gembira dan muka sunburn 😎
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Pengalaman 3 hari 2 malam di Sipadan Kapalai Dive Resort
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.