Trip ke Sabah kali ini kami pergi Sipadan dan Semporna. Ini kali pertama kami nak
jejak Semporna, sebelum ni pernah jejak Kota Kinabalu saja 😃 Kami spend 5 hari 4 malam, which 2
malam di Sipadan Kapalai Dive Resort dan 2 malam lagi di bandar Semporna 😊
Untuk ke Semporna, kami naik flight ke Tawau. MAS ada
fly ke Tawau dan Air Asia pun ada fly ke Tawau, boleh ikut preference
masing-masing. Macam kami, kami pilih naik MAS flight awal pagi.
Nak
ke Sabah, kita perlu isi form Health Declaration secara online (within 12 hours
sebelum sampai Sabah), jadi kami isi form ni masa di KLIA. Tak susah pun, tak
sampai 5 minit dah siap dan kita perlu screenshot sebab akan diperiksa semasa
di Tawau Airport nanti.
Boleh isi form di sini: Health Declaration Form On Entry Into Sabah (HDF)
Urusan
check-in luggage sangat laju sebab takde orang beratur pun. Surau ada di
departure hall, dekat area depan Marrybrown, cumanya berpada-padalah lepas solat
terus keluar 😅 Boleh bagi turn orang lain pula masuk untuk bersolat.
MAS sediakan hygiene kit untuk passengers, ada face mask dan juga hand sanitizing wipe dalam pack ni. Masa ke Langkawi tahun lepas pun, memang kita akan dapat hygiene kit ni. Seronok la rasa kan, naik flight dapat hadiah 😆
Flight
KL-Tawau tak lama, dalam 2 jam 45 minit sahaja. Kita dapat meal breakfast dan kemudian
enjoy & relax, Alhamdulillah touch down Tawau Airport dengan selamat.
Keluar
je pintu arrival, wakil dari Sipadan Kapalai Dive Resort dah menunggu dan bila
dah cukup korum, kami naik bas yang disediakan untuk ke Jeti Semporna.
Perjalanan hampir 1 jam dari Tawau Airport ke Jeti Semporna. Sampai di Jeti, kena isi details macam biasa dan boleh singgah toilet sekejap sebelum naik boat ke Sipadan Kapalai (dalam 45 minit).
Yaaaa, memang kita tapau cover air, land and sea…hahah! Tapi, berbaloi sangat bila dah sampai. Kami sampai Sipadan Kapalai dalam pukul 1.30pm dan disambut mesra oleh staff Kapalai..chewaahh 😍
Sipadan Kapalai Dive Resort ada pakej diver dan non-diver. Kami ambil pakej yang non-diver. Pakej ni termasuklah:
- airport transfer ke Jeti Semporna (hari check-in),
- boat transfer (pergi dan balik),
- all-in breakfast, lunch dan dinner
- airport transfer dari Jeti Semporna ke Tawau Airport (hari check-out).
Jadi, better plan your stay kalau nak guna airport transfer tu 😊
Sampai je Sipadan
Kapalai, kita relax dulu dan makan lunch sementara tunggu urusan check-in. Selepas
check-in akan ada briefing dari staff yang terangkan layout Sipadan Kapalai dan
aktiviti yang ada. Kelakar kan siap ada briefing layout?
Tapi, memang perlu pun sebab kami siap refer balik gambar layout ni (staff tu memang insist kita ambil gambar)..haha..first time tu agak sesat juga lah dengan layout Sipadan Kapalai ni, lepas dah faham tu dah OK dah 😊 Senang.
Kemudian, kami naik buggy ke bilik. Kami dapat bilik No. 63, nun jauh agak ke hujung..tapi dekat dengan tempat view sunrise 😊
Video room tour di sini.
Konsep kami di sini memang nak relax-relax dan bergambar 😊 Dan memang itulah yang kami buat sepanjang 3 hari 2 malam di Sipadan Kapalai Dive Resort ni. Memang relax habis sebab di bilik takde wifi dan takde internet connection! Enjoy the view 😊
Sebenarnya, ada banyak aktiviti macam diving, snorkeling etc ikut minat masing-masing. Kami tengok dari atas je, memang dah cantik nampak macam-macam ikan, starfish, dan penyu tenggelam timbul 😍
Powerbank memang sangat penting ye sebab cepatnya bateri boleh habis sebab memang akan sentiasa nak ambil gambar kiri kanan walaupun dah banyak kali lalu laluan yang sama 😍
Berjalan dari bilik kami yang agak hujung ke restoran agak jauh sebenarnya, kalau berjalan sambil bergambar-gambar tu dalam 30 minit ke 45 minit jugalah..haha..tapi tak terasa sangat sebab kiri kanan memang pemandangan yang cantik.
Kalau tak bergambar, dalam 10 minit ada kot. Itu pun waktu malam sebab nak balik ke bilik..hehe..tapi, jaranglah kalau tak berhenti ambil gambar 😋
Kalau bernasib baik, boleh lah guna basikal (tapi basikal limited). Kami tak dapat merasa naik basikal pun 😭dan ada je buggy. Tahan je mana-mana buggy yang on the way, minta hantarkan ke mana kita nak pergi.
Check-out day. Selepas pulangkan
kunci bilik 12pm, lunch dan kami naik boat dari Sipadan Kapalai pukul 1.30pm.
Memandangkan kami akan bermalam di Semporna, ada van standby di Jeti untuk hantar
kami ke hostel (instead of airport transfer ke Tawau Airport). Cuma perlu bagitau
awal-awal pada mereka untuk arrange 😊
Overall, memang sangat
recommended untuk stay di Sipadan Kapalai Dive Resort ni! 😊
Boleh
DM IG @sipadankapalaidiveresort dan nanti mereka akan bagi travel agent punya contact
untuk booking purposes. Better grab fast!
Enjoy!
_cikEdahyu :)
Boleh
baca: Cube Bed Station Hostel, Semporna
2 Comments
Bilik tu memang besar betui eh. 😂 Puas hati bergolek sana sini.
ReplyDeletehaah, besar betul. golek-golek banyak kali jugak nak sampai hujung..hehe
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.