Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

  Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Trip ke Sabah kali ini kami pergi Sipadan dan Semporna. Ini kali pertama kami nak jejak Semporna, sebelum ni pernah jejak Kota Kinabalu saja 😃 Kami spend 5 hari 4 malam, which 2 malam di Sipadan Kapalai Dive Resort dan 2 malam lagi di bandar Semporna 😊

Untuk ke Semporna, kami naik flight ke Tawau. MAS ada fly ke Tawau dan Air Asia pun ada fly ke Tawau, boleh ikut preference masing-masing. Macam kami, kami pilih naik MAS flight awal pagi.

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive ResortSunrise di KLIA semasa menunggu boarding

Nak ke Sabah, kita perlu isi form Health Declaration secara online (within 12 hours sebelum sampai Sabah), jadi kami isi form ni masa di KLIA. Tak susah pun, tak sampai 5 minit dah siap dan kita perlu screenshot sebab akan diperiksa semasa di Tawau Airport nanti.

Boleh isi form di sini: Health Declaration Form On Entry Into Sabah (HDF)

Urusan check-in luggage sangat laju sebab takde orang beratur pun. Surau ada di departure hall, dekat area depan Marrybrown, cumanya berpada-padalah lepas solat terus keluar 😅 Boleh bagi turn orang lain pula masuk untuk bersolat.

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive ResortReady to fly!

MAS sediakan hygiene kit untuk passengers, ada face mask dan juga hand sanitizing wipe dalam pack ni. Masa ke Langkawi tahun lepas pun, memang kita akan dapat hygiene kit ni. Seronok la rasa kan, naik flight dapat hadiah 😆

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive ResortNasi lemak meal breakfast

Flight KL-Tawau tak lama, dalam 2 jam 45 minit sahaja. Kita dapat meal breakfast dan kemudian enjoy & relax, Alhamdulillah touch down Tawau Airport dengan selamat.

Keluar je pintu arrival, wakil dari Sipadan Kapalai Dive Resort dah menunggu dan bila dah cukup korum, kami naik bas yang disediakan untuk ke Jeti Semporna.

Perjalanan hampir 1 jam dari Tawau Airport ke Jeti Semporna. Sampai di Jeti, kena isi details macam biasa dan boleh singgah toilet sekejap sebelum naik boat ke Sipadan Kapalai (dalam 45 minit).

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort
Sipadan Kapalai Dive Resort

Yaaaa, memang kita tapau cover air, land and sea…hahah! Tapi, berbaloi sangat bila dah sampai. Kami sampai Sipadan Kapalai dalam pukul 1.30pm dan disambut mesra oleh staff Kapalai..chewaahh 😍

Sipadan Kapalai Dive Resort ada pakej diver dan non-diver. Kami ambil pakej yang non-diver. Pakej ni termasuklah:

  • airport transfer ke Jeti Semporna (hari check-in),
  • boat transfer (pergi dan balik),
  • all-in breakfast, lunch dan dinner
  • airport transfer dari Jeti Semporna ke Tawau Airport (hari check-out).

Jadi, better plan your stay kalau nak guna airport transfer tu 😊

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort View cantik ya amat, MasyaAllah 

Sampai je Sipadan Kapalai, kita relax dulu dan makan lunch sementara tunggu urusan check-in. Selepas check-in akan ada briefing dari staff yang terangkan layout Sipadan Kapalai dan aktiviti yang ada. Kelakar kan siap ada briefing layout?

Tapi, memang perlu pun sebab kami siap refer balik gambar layout ni (staff tu memang insist kita ambil gambar)..haha..first time tu agak sesat juga lah dengan layout Sipadan Kapalai ni, lepas dah faham tu dah OK dah 😊 Senang.

Kemudian, kami naik buggy ke bilik. Kami dapat bilik No. 63, nun jauh agak ke hujung..tapi dekat dengan tempat view sunrise 😊

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Briefing session

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Bilik yang sangat besar untuk kami berdua

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Toilet area

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Bath tub – boleh lah fefeeling bath with view

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort
Basic toiletries. Shampoo pun combine dengan shower gel..haha..kalau yang particular sangat tu, boleh lah bawa toiletries sendiri

Video room tour di sini.

Konsep kami di sini memang nak relax-relax dan bergambar 😊 Dan memang itulah yang kami buat sepanjang 3 hari 2 malam di Sipadan Kapalai Dive Resort ni. Memang relax habis sebab di bilik takde wifi dan takde internet connection! Enjoy the view 😊

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort
Sunrise di Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Salah satu tempat wajib OOTD

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort
Memang cantik sangat tempat ni

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Sipadan Kapalai Dive Resort

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Sunset

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Ruang rehat dengan buaian

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Vitamin C tak dilupa untuk bantu kuatkan sistem imun kita. Travel, travel juga..vitamin tidak dilupa 😊

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort Ruang rehat di restoran

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Sebenarnya, ada banyak aktiviti macam diving, snorkeling etc ikut minat masing-masing. Kami tengok dari atas je, memang dah cantik nampak macam-macam ikan, starfish, dan penyu tenggelam timbul 😍

Powerbank memang sangat penting ye sebab cepatnya bateri boleh habis sebab memang akan sentiasa nak ambil gambar kiri kanan walaupun dah banyak kali lalu laluan yang sama 😍

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Berjalan dari bilik kami yang agak hujung ke restoran agak jauh sebenarnya, kalau berjalan sambil bergambar-gambar tu dalam 30 minit ke 45 minit jugalah..haha..tapi tak terasa sangat sebab kiri kanan memang pemandangan yang cantik. 

Kalau tak bergambar, dalam 10 minit ada kot. Itu pun waktu malam sebab nak balik ke bilik..hehe..tapi, jaranglah kalau tak berhenti ambil gambar 😋

Kalau bernasib baik, boleh lah guna basikal (tapi basikal limited). Kami tak dapat merasa naik basikal pun 😭dan ada je buggy. Tahan je mana-mana buggy yang on the way, minta hantarkan ke mana kita nak pergi.

Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort

Check-out day. Selepas pulangkan kunci bilik 12pm, lunch dan kami naik boat dari Sipadan Kapalai pukul 1.30pm. Memandangkan kami akan bermalam di Semporna, ada van standby di Jeti untuk hantar kami ke hostel (instead of airport transfer ke Tawau Airport). Cuma perlu bagitau awal-awal pada mereka untuk arrange 😊

Overall, memang sangat recommended untuk stay di Sipadan Kapalai Dive Resort ni! 😊

Boleh DM IG @sipadankapalaidiveresort dan nanti mereka akan bagi travel agent punya contact untuk booking purposes. Better grab fast!

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Boleh baca: Cube Bed Station Hostel, Semporna

Island Hopping Semporna, Sabah

Seafood Hunting di Semporna, Sabah

Post a Comment

2 Comments

  1. Bilik tu memang besar betui eh. 😂 Puas hati bergolek sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, besar betul. golek-golek banyak kali jugak nak sampai hujung..hehe

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.