Ini cerita
travelog kami ke Italy, Switzerland dan Paris. Enjoy reading!
Day 1: Travelog Italy, 2022: Dari Kuala Lumpur ke Milan City
Venice
Selepas
menghabiskan separuh hari berjalan-jalan di Burano Island, kami bergerak ke
Plaza St. Marco pula.
Dari
Burano Island, waterbus akan berhenti di Fondamente Nove yang merupakan tempat
pertukaran waterbus terlebih dahulu. Plan asal, kami nak naik waterbus ke Plaza St.
Marco tapi bila kami check timing waterbus di ticket counter, mereka suggest
untuk berjalan kaki saja sebab lagi cepat.
Tak susah untuk ke Plaza St. Marco berjalan kaki sebab ada signage. Ikut je signage dan lalu lorong-lorong klasik di celah-celah bangunan.
Tak lama berjalan, dah boleh nampak canal-canal dan jambatan-jambatan macam ni. Dah bolehlah start ambil gambar dengan feeling Venice 😍
Bagi
saya, Venice ni memang crowded dan kena extra hati-hati. Di sepanjang jalan ada
shopping street. Ada banyak kedai-kedai untuk shopping..haha
Plan asal nak ke Plaza St. Marco, tapi tengah-tengah jalan kami ter-distracted dengan shopping street kat sini. Jadi kita berjalan ikut arah kaki je.
Ponte dell’Accademia Bridge
Di
sebelah bridge ni ada station waterbus, jadi kami pilih untuk naik waterbus
untuk ke St. Marco. Rugi je beli Venezia Daily Pass kalau tak maximise the use
kan 😊
Venezia Daily Pass: 21 EUR. Dengan Venezia Daily Pass ni, kita boleh turun naik waterbus unlimited, for the day.
Plaza St. Marco
Kat
area gondola, Plaza St Marco ni ada kejadian. Tengah excited nak bergambar
dengan gondola with view, kami dengan tanpa berfikir panjang letak bag kat
lantai tepi tiang..sebab susah kan nak ambil gambar berposing dengan
barang-barang. Tapi at the same time, perhati je barang-barang kat situ.
Tengah
bergambar tu, terbuat eye-contact dengan couple ni..dia tengah tunggu turn
ambil gambar juga dan at the same time macam acah-acah nak ambil barang kami
tu. Kita aware dan pandang senyum je lah. Settlekan ambil gambar cepat-cepat.
Lepas
tu, couple ni pesan jangan letak barang macam tu..bahaya. Kami macam..oh, tau
bahaya tapi sebab ter-excited kan, terleka sekejap.
Nasib baik ada orang baik yang mengingatkan. 😇
Klik sini: Video di Plaza St. Marco, Venice
Rialto Bridge
Hampir
gelap lepas sunset, kami tunggu waterbus untuk balik semula ke station Venice
St. Lucia. Agak berebut sebab ramai orang nak balik ke station juga. Dari St.
Lucia, naik train balik semula ke Venice Mestre.
Malam
ni kena packing barang siap-siap sebab esok nak check-out pagi-pagi!
-
You
guys pernah visit ke Venice? Boleh lah share pengalaman you guys di ruangan
komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Boleh baca: Travelog Italy, 2022: Milan City (Day 1)
Travelog Italy, 2022: Pengalaman ke Serravalle Designer Outlet, Italy Dengan Menaiki Bas (Day 2)
Travelog Italy, 2022: Day Trip Ke Bellagio, Lake Como Dari Milan (Day 3)
Travelog Italy, 2022: Day Trip Ke Varenna, Lake Como Menaiki Tren (Day 3)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.