Early February, 2020.
Harini last day in Marrakesh 😊 Plan hari ini nak ke Jardin Majorelle dan
lepas tu pergi Souk. Jadi selepas breakfast di Riad, kami berjalan ke Jardin
Majorelle (atau Majorelle Garden) dan ada juga yang panggil Taman Yves
Saint-Laurent (YSL), fashion brands tu.
Kami ke Jardin Majorelle ni berpandukan google
map je (beli daily internet data), lebih kurang 20 minit jugak lah berjalan nak
sampai. Masih awal pagi, jadi banyak kedai belum bukak, orang Marrakesh baru
nak setup pasar pagi 😊
Lorong masuk ke Jardin Majorelle
Sampai je di entrance Jardin Majorelle ni,
beratur belum panjang mungkin sebab masih pagi. Tempat attraction macam ni
better datang pagi-pagi untuk elak ramai orang dan kemungkinan besar boleh
rosakkan mood..haha
Sebenarnya masa check online ticket, students
(international pun boleh) akan dapat diskaun untuk student price tau. Jadi,
masa di kaunter tu kami tanyalah pasal student discount and as usual, mereka
mintak student ID card. Of course lah tak bawak! Travel kot 😊 Tapi, try jugaklah cari if ada simpan gambar
dalam phone, kalau tak kami memang dah pasrah bayar harga biasa je lah kan 😊 Tengah sibuk-sibuk cari gambar kat phone,
kaunter produce ticket..hahah! Dah pasrah dah sebab maybe dia tak nak tunggu
lama kot, and kacau queue belakang. Tapi bila tengok, yay! Dapat jugak student
price..hehe..Alhamdulillah, jimat 😊
Tips: Masa travel, boleh simpan gambar student
ID dalam phone. Mana tahu rezeki boleh dapat student price nak masuk attractions
😊 Jimat banyak!
Boleh check harga tiket masuk Jardin Majorelle di sini
Jom, kita enjoy Jardin Majorelle ni!
Kat Jardin Majorelle ni ada YSL punya boutique dan ada painting exhibition juga. Memang cantik 😊 Dalam boutique tak boleh ambil gambar, jadi boleh tengok gambar-gambar di official website, online store Jardin Majorelle di sini 😊 Boleh la nak cuci-cuci mata shopping 😍 Cantik kan? Harga pun boleh tahan 😊 Jadi, kami masa tu pun tengok dan berhuhu..jelah 😆
.
Jardin Majorelle ni bagi saya boleh tahan
besarlah, bukan setakat “bangunan biru” yang cantik dan famous tu je 😊 Jadi, boleh ambil masa untuk
pusing-pusing..hehe
More cactus 😍
.
.
After Jardin Majorelle, kami berjalan semula ke Souk 😊 Perkara pertama yang nak di cari adalah tempat makan dan kalau boleh tak nak dah Moroccan foods..haha..kalau masa di Granada dulu, excited dengan Moroccan foods. Tapi, after 3 days 2 nights road trip..cukuplah tu buat masa ni. Kita try cari makanan lain. Tapi, bila anda kat Marrakesh, dalam Souk pulak tu..of course la banyak restoran Morrocan food kan..cari punya cari, Alhamdulillah jumpa “The Moorish Restaurant” jual pasta dan pizza..Yay!
Henna Art Café. Ingatkan saja nak pakai inai.
Tapi inai ni guna inai pokok, jadi ambil masa at least 3 jam sebelum basuh.
Memang tak sempat lah sebab arini dah nak balik dah, flight ke Amsterdam kejap
lagi. Jadi, kami pusing-pusing je lah 😊
Area ni pun banyak sangat riad tapi personally
rasa serabut dengan ramai orang, sebab dekat dengan Souk kan..riad yang
kitorang duduk tu, rasa better 😋
.
.
Balik riad, tunggu airport transfer dan terus
gerak ke airport. Kami memang guna airport transfer je sebab senang, even
though macam mahal sikit tapi kami malas nak pening-pening cari taxi kat tepi
jalan, nak deal ke airport lagi, dengan beg-beg lagi..haha..jadi, we opt for
airport transfer. Dari riad, dia angkat beg sampai di airport, dia turunkan
beg. Settle, Alhamdulillah 😊
Check-in ke Amsterdam. Agak lama dia check
passport and ticket 😓 siap tanya manager bagai. Rupa-rupanya dorang query
passport Malaysia tapi kenapa flight ticket ke Amsterdam, bukan Malaysia..Oh,
tanyalah awal-awal dari tadi..Kitorang clarify akan bermalam kat Amsterdam 1
malam dan flight back to KL esoknya dan tunjuk flight KLM KL bound. Settle,
Alhamdulillah.
Tips: Pastikan ada copy flights dan hotel tempat kita nak pergi tu, selalunya kat immigration atau check-in flight mereka akan tanya. Kalau ada copy, nah tunjuk je. Nak save di phone atau save in email pun boleh tapi kami selalu print hardcopy.
.
Boarding to Amsterdam bebehhhh 😍😍😍
You guys pernah visit Morocco dan korang pergi
mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Cordoba : Mezquita-Cathedral & sekitar Cordoba
Travelog Seville : Real Alcazar de Seville
Travelog Morocco : Road Trip to Merzouga Desert, Morocco (Part 1)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.