5 Cara Tingkatkan Imunisasi Badan di Rumah

 

5 Cara Tingkatkan Imunisasi Badan di Rumah

5 Cara Tingkatkan Imunisasi Badan di Rumah// Sudah sangat lama kita ber-MCO, ber-EMCO, dan sudah berfasa-fasa. Saya pasti ramai yang sudah penat dan tidak sabar hendak keluar merentas daerah, merentas negeri atau sekurang-kurangnya keluar makan di kedai kan? 😁 Tapi, kita belum menang guys!

Duduk di rumah pun kita boleh ikhtiar tingkatkan imunisasi badan tau. Jom saya kongsikan antara cara kita boleh tingkatkan imunisasi badan di rumah.

1.    Makan makanan yang seimbang dan tinggi dengan antioksidan

Makanan yang mengandungi Vitamin A, C, D, E, Selenium dan Zinc dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan kita. Contoh makanan yang kaya dengan vitamin yang membantu antibodi badan ini termasuklah sayur brokoli, bayam, seafood, dan buah-buahan sitrus seperti buah oren dan buah lemon.

Jadi, sudah boleh penuhkan peti ais dengan makanan yang kaya vitamin ini ya 😀

Boleh baca: 9 Sumber Makanan untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

2.    Bersenam

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan di Rumah Bersenam

Amalan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 30-45 minit bagus untuk kurangkan stress. Selain itu, badan dapat menjadi lebih sihat selepas mengeluarkan peluh dan membuat regangan. Masih tidak ada masa? Anda boleh baca senaman ringan di pejabat, yang juga boleh diamalkan di rumah tau.

Cahaya matahari juga dapat membantu penghasilan Vitamin D yang baik untuk imun. Jadi, luangkan masa dalam 10minit di antara 10am sehingga 3pm untuk menyerap kuasa cahaya matahari ini 😊 

3.    Tidur yang mencukupi

Tidur yang berkualiti dapat membantu badan kita berehat dan mengurangkan stress. Kurang tidur boleh melemahkan dan mengurangkan kemampuan badan kita dari berfungsi secara optimum untuk melawan jangkitan penyakit.

4.    Minum air kosong secukupnya

Cara Tingkatkan Imunisasi Badan di Rumah

Tidak cukup air atau dehidrasi menyebabkan badan kita tidak dapat berfungsi secara optimum. Pengambilan air secukupnya dapat memastikan badan kekal terhidrat supaya kekal bertenaga dan juga dapat membantu pembuangan toksin dalam badan.

5.    Kawal stress dan gaya hidup sihat

Saya faham jika cara ini tidak semudah yang disangka. Tetapi dengan belajar mengawal stress, badan kita akan dapat berfungsi secara optimum dan ini membantu sistem imun badan kita. Gaya hidup sihat seperti berhenti merokok dan kurangkan pengambilan makanan segera juga dapat membantu. Boleh baca lebih mengenai cara atasi craving di sini.

Boleh baca: Simptom Awal Kemurungan dan Cara Atasinya

Saya doakan kita semua terus kuat untuk lawan pandemik ini. Stay safe! Jaga diri, jaga keluarga dan ikut SOP 😊

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Post a Comment

13 Comments

  1. Adudu dah lama x berjemur ni sejak lockdown ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajinkan diri menyerah diri ke matahari jugak ni, Vitamin D percuma :P

      Delete
  2. Yupp..berpeluh pun dh jarang ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak keluar berjogging pun banyak alasannya..haha

      Delete
  3. Asik duduk rumah jew otak dah tepu rasa hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sekali sekala keluar jalan-jalan dalam kereta pun, boleh lega rasanya..stay safe!

      Delete
  4. Dah lama tak senam, nak try minum air kerap. sejuk sekarang ni.. Thanks for reminding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, minum air yang cukup pun penting juga. tapi tulah, kena disiplin la..haha

      Delete
  5. tido yg cukup tu susahh sikit he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan cik nor dapat tidur yang berkualiti, at least. Aaminnn :)

      Delete
  6. duduk rumah memang kena jaga semua ni. kalau tidak badan naik sangat senang dan cepat letih.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.