Nak
Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini// Sekarang dah masuk bulan Mac 2022, sudah ada yang berjaya
azam nak kurus?
Niat
nak kurus dah ada, lepas tu mula lah kita dengar dan baca banyak tips kuruskan badan kan 😊. Niat tu dah betul, tapi penting untuk
kita tahu cara nak diet kurus dengan sihat tau. Ini saya kongsikan 10 mitos
diet yang perlu kita elakkan untuk diet kuruskan badan.
MITOS 1 – MAKAN SEDIKIT, LEBIH CEPAT KURUS
Bila
berazam nak kurus, mesti kita nak kurus cepat kan? Dan bermulalah episod makan
sedikit dan kelaparan.
Makan
sedikit sebenarnya akan mengurangkan metabolisma badan tau. Bila metabolisma
badan berkurangan, badan akan masuk “mode starvation” di mana organ-organ badan
akan mengurangkan kerja untuk menjimatkan tenaga. Jadi, lagi lambat lemak nak
membakar terbakar tau! Satu hal pulak 😂
Kita perlu makan mengikut keperluan harian, cuma kurangkan sedikit dalam 300 –
500 kalori. Pastikan juga kalori tidak lebih rendah dari metabolisma rate badan.
Kalau tidak, badan susah nak membakar lemak nanti.
Boleh baca: Jumlah Kalori Makanan Dan Cara Membakar Kalori
MITOS 2 – AIR SEJUK GEMUKKAN BADAN
Air
kosong sejuk tidak bersalah 😁
Air
kosong tidak kira sejuk atau panas, mempunyai kalori yang sama iaitu 0 kalori. Ia
tidak menyumbangkan kepada kenaikan berat badan. Malah lebih baik sebab air
kosong dapat membantu tingkatkan sedikit metabolisma badan.
Yang
membahayakan tu, air sejuk berperisa macam air sirap lah, teh o’ ais lah, dan
macam-macam lagi.
Baca: Tips Minum Air Yang Cukup Semasa Puasa
MITOS 3 – TELUR NAIKKAN KOLESTROL
Ramai kata telur kuning itu tidak elok sebab tinggi kolestrol. Namun, kajian membuktikan kolestrol di dalam telur tidak menaikkan kolestrol dalam darah (kolestrol jahat). Malah, ia boleh membantu menaikkan HDL (kolestrol baik) dalam darah sehingga 10%.
Baca: Manfaat Omega Guard-3 Untuk Berat Badan Yang Sihat
MITOS 4 – MAKAN NASI SENANG GEMUK
Apa
saja makanan sekali pun, yang mempunyai kalori berlebihan akan menggemukkan dan menambah
berat badan. Tidak kisah lah roti ke, mee ke, nasi ke, malahan biskut
sekalipun.
Jadi,
elok untuk kita amalkan menu suku-suku-separuh. Makan nasi itu boleh, cuma kita
perlu mengawal portion pemakanan yang betul.
Suku : ayam, daging, kekacang, atau ikan
Suku : nasi, mee, roti, bijirin, atau
ubi
Separuh : buah-buahan, atau sayur-sayuran
MITOS 5 – TURUN BERAT BADAN MENDADAK ITU BAGUS
Ramai
yang nak kurus cepat, ramai yang nak kurus dalam masa sebulan, fast result. Tetapi,
ramai yang tidak tahu terlalu cepat proses turun berat badan bukan sahaja membuat
kita kehilangan lemak, ia boleh buat kita kehilangan otot dan metabolisma badan turun
mendadak.
Bila
badan kita kurus, tetapi badan kehilangan otot dan kadar metabolisma turun
mendadak. Itu tanda diet tidak sihat sebab otot bagi kita tenaga, kekuatan
badan, dan imun badan. Jadi, kita tidak mahu kehilangan otot dengan mendadak
dan mengganggu fungsi otot ini.
Baca: Cinch Shake Dengan Leusine Untuk Bantu Kekalkan Otot Dalam Badan
Lagipun..
kita dah gemuk, kumpul lemak pun dah bertahun-tahun tapi nak kurus dengan
cepat. Better slow dan steady. Badan pun sihat dan tidak terjadi rebound. Turun
berat badan cepat dan naik semula pun sangat cepat.
MITOS 6 – MAKAN PROTEIN MEROSAKKAN BUAH PINGGANG
Makan
apa saja yang berlebihan boleh membebankan buah pinggang. Gula, garam, malah minum
air masak yang berlebihan pun boleh membebankan buah pinggang. Jadi, kita perlu
bersederhana dan amalkan pemakanan yang seimbang.
Baca: ESP Protein Soya Non-GMO Beri Tenaga Dan Kenyang Lebih Lama
Protein penting untuk orang berdiet kerana:
1. Beri rasa kenyang yang lama
2. Protein membantu badan membina otot yang baru, yang lebih kuat.
Diet
kuruskan badan yang sihat adalah kita berjaya kurangkan berat badan, dan dalam masa yang sama dapat maintain
atau bertambah otot muscle.
MITOS 7 – DIET TANPA LEMAK ADALAH DIET TERBAIK
Diet pemakanan terbaik adalah karbohidrat (memberi tenaga), protein (untuk otot), dan lemak
(untuk menghasilkan certain hormon dan melindungi organ dalam badan).
Diet
yang skip 1 kategori makanan ini adalah diet yang tidak berapa baik sebenarnya. Badan kita perlukan
kesemua ini kerana mereka ada fungsi tertentu di dalam badan. Kawal portion
makanan adalah diet yang terbaik.
Bila
kita kawal portion pemakanan, kita boleh enjoy makanan yang diambil dengan pemakanan
yang sedap dan sihat.
MITOS 8 – MAKAN MALAM PUNCA PERUT BUNCIT
Makan
pagi, petang atau malam tiada masalah asalkan jumlah kalori makanan ikut
keperluan. Kalau makan selepas subuh sahaja sekalipun tetapi terlebih kalori
tetap juga akan buncit. Yang penting kita kira kalori harian, berapa banyak
kalori yang boleh kita ambil.
Baca: Kepentingan Sarapan Pagi
Masa
makan tidak memainkan peranan. Kalau kalori berlebihan, perut akan buncit. Kalau
kalori cukup-cukup, takde masalah.
Cuma
jika ambil makanan terlalu dekat dengan masa hendak tidur atau sebelum tidur,
berkemungkinan akan ada masalah dengan perut angin sebab perut berehat atau
tidak bekerja sewaktu tidur.
Baca: Life Shake Shaklee Sebagai Meal Replacement Lengkap
MITOS 9 – NAK KURUS, BUAT SENAMAN KARDIO
Kajian
dari Harvard University mengatakan bahawa lelaki sihat yang buat senaman angkat
berat selama 20 minit secara konsisten mempunyai kurang lemak perut bila meningkat
usia berbanding dengan lelaki sihat yang buat senaman kardio sahaja.
Nak
kurus bukan setakat senaman kardio sahaja, tetapi perlu buat weight lifting
(angkat berat) juga untuk otot yang sihat dalam jangka masa panjang. Badan akan lebih
cantik dan lebih sihat sebab ada otot yang sihat 😊
MITOS 10 – RENDAH LEMAK DAN KURANG GULA ITU BAGUS
Minuman
yang berlabel “rendah lemak” selalunya ditambah lebih gula untuk beri rasa
sedap. Manakala minuman yang berlabel “kurang gula” bukan bermaksud kurang
manis. Gulanya masih banyak, cuma kurang gula berbanding produk sebelumnya.
Even
minuman yang berlabel “zero sugar” juga berkemungkinan ada pengganti gula juga
tau!
Jadi,
kita perlu amalkan untuk periksa label betul-betul sebelum membeli
untuk memastikan kandungan gula yang sebenar yang ada dalam minuman atau sesuatu
makanan.
Diet
untuk kurangkan berat badan ni kita perlu kuat semangat, konsisten dan berilmu,
barulah dapat kurus dengan sihat 😊
Jom
mulakan gaya hidup sihat!
Enjoy!
_Edahyu 😊
1 Comments
Hehe nice sharing
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.