Nak Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini – Pengedar Shaklee Klang Readystock

Nak Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini – Pengedar Shaklee Klang Readystock

Nak Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini// Sekarang dah masuk bulan Mac 2022, sudah ada yang berjaya azam nak kurus?

Niat nak kurus dah ada, lepas tu mula lah kita dengar dan baca banyak tips kuruskan badan kan 😊. Niat tu dah betul, tapi penting untuk kita tahu cara nak diet kurus dengan sihat tau. Ini saya kongsikan 10 mitos diet yang perlu kita elakkan untuk diet kuruskan badan.

MITOS 1 – MAKAN SEDIKIT, LEBIH CEPAT KURUS

Bila berazam nak kurus, mesti kita nak kurus cepat kan? Dan bermulalah episod makan sedikit dan kelaparan.

Makan sedikit sebenarnya akan mengurangkan metabolisma badan tau. Bila metabolisma badan berkurangan, badan akan masuk “mode starvation” di mana organ-organ badan akan mengurangkan kerja untuk menjimatkan tenaga. Jadi, lagi lambat lemak nak membakar terbakar tau! Satu hal pulak 😂

Kita perlu makan mengikut keperluan harian, cuma kurangkan sedikit dalam 300 – 500 kalori. Pastikan juga kalori tidak lebih rendah dari metabolisma rate badan. Kalau tidak, badan susah nak membakar lemak nanti.

Boleh baca: Jumlah Kalori Makanan Dan Cara Membakar Kalori

MITOS 2 – AIR SEJUK GEMUKKAN BADAN

Air kosong sejuk tidak bersalah 😁

Air kosong tidak kira sejuk atau panas, mempunyai kalori yang sama iaitu 0 kalori. Ia tidak menyumbangkan kepada kenaikan berat badan. Malah lebih baik sebab air kosong dapat membantu tingkatkan sedikit metabolisma badan.

Nak Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini – Pengedar Shaklee Klang Readystock

Yang membahayakan tu, air sejuk berperisa macam air sirap lah, teh o’ ais lah, dan macam-macam lagi.

Baca: Tips Minum Air Yang Cukup Semasa Puasa

MITOS 3 – TELUR NAIKKAN KOLESTROL

Ramai kata telur kuning itu tidak elok sebab tinggi kolestrol. Namun, kajian membuktikan kolestrol di dalam telur tidak menaikkan kolestrol dalam darah (kolestrol jahat). Malah, ia boleh membantu menaikkan HDL (kolestrol baik) dalam darah sehingga 10%.

Nak Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini – Pengedar Shaklee Klang Readystock

Baca: Manfaat Omega Guard-3 Untuk Berat Badan Yang Sihat

MITOS 4 – MAKAN NASI SENANG GEMUK

Apa saja makanan sekali pun, yang mempunyai kalori berlebihan akan menggemukkan dan menambah berat badan. Tidak kisah lah roti ke, mee ke, nasi ke, malahan biskut sekalipun.

Jadi, elok untuk kita amalkan menu suku-suku-separuh. Makan nasi itu boleh, cuma kita perlu mengawal portion pemakanan yang betul.

Suku : ayam, daging, kekacang, atau ikan

Suku : nasi, mee, roti, bijirin, atau ubi

Separuh : buah-buahan, atau sayur-sayuran

MITOS 5 – TURUN BERAT BADAN MENDADAK ITU BAGUS

Ramai yang nak kurus cepat, ramai yang nak kurus dalam masa sebulan, fast result. Tetapi, ramai yang tidak tahu terlalu cepat proses turun berat badan bukan sahaja membuat kita kehilangan lemak, ia boleh buat kita kehilangan otot dan metabolisma badan turun mendadak.

Bila badan kita kurus, tetapi badan kehilangan otot dan kadar metabolisma turun mendadak. Itu tanda diet tidak sihat sebab otot bagi kita tenaga, kekuatan badan, dan imun badan. Jadi, kita tidak mahu kehilangan otot dengan mendadak dan mengganggu fungsi otot ini.

Baca: Cinch Shake Dengan Leusine Untuk Bantu Kekalkan Otot Dalam Badan

Lagipun.. kita dah gemuk, kumpul lemak pun dah bertahun-tahun tapi nak kurus dengan cepat. Better slow dan steady. Badan pun sihat dan tidak terjadi rebound. Turun berat badan cepat dan naik semula pun sangat cepat.

MITOS 6 – MAKAN PROTEIN MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

Nak Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini – Pengedar Shaklee Klang Readystock

Makan apa saja yang berlebihan boleh membebankan buah pinggang. Gula, garam, malah minum air masak yang berlebihan pun boleh membebankan buah pinggang. Jadi, kita perlu bersederhana dan amalkan pemakanan yang seimbang.

Baca: ESP Protein Soya Non-GMO Beri Tenaga Dan Kenyang Lebih Lama

Protein penting untuk orang berdiet kerana:

1. Beri rasa kenyang yang lama

2. Protein membantu badan membina otot yang baru, yang lebih kuat.

Diet kuruskan badan yang sihat adalah kita berjaya kurangkan berat badan, dan dalam masa yang sama dapat maintain atau bertambah otot muscle.

MITOS 7 – DIET TANPA LEMAK ADALAH DIET TERBAIK

Diet pemakanan terbaik adalah karbohidrat (memberi tenaga), protein (untuk otot), dan lemak (untuk menghasilkan certain hormon dan melindungi organ dalam badan).

Diet yang skip 1 kategori makanan ini adalah diet yang tidak berapa baik sebenarnya. Badan kita perlukan kesemua ini kerana mereka ada fungsi tertentu di dalam badan. Kawal portion makanan adalah diet yang terbaik.

Bila kita kawal portion pemakanan, kita boleh enjoy makanan yang diambil dengan pemakanan yang sedap dan sihat.

MITOS 8 – MAKAN MALAM PUNCA PERUT BUNCIT

Makan pagi, petang atau malam tiada masalah asalkan jumlah kalori makanan ikut keperluan. Kalau makan selepas subuh sahaja sekalipun tetapi terlebih kalori tetap juga akan buncit. Yang penting kita kira kalori harian, berapa banyak kalori yang boleh kita ambil.

Baca: Kepentingan Sarapan Pagi

Masa makan tidak memainkan peranan. Kalau kalori berlebihan, perut akan buncit. Kalau kalori cukup-cukup, takde masalah. 

Nak Kurus? Elakkan Percaya 10 Mitos Diet Ini – Pengedar Shaklee Klang Readystock

Cuma jika ambil makanan terlalu dekat dengan masa hendak tidur atau sebelum tidur, berkemungkinan akan ada masalah dengan perut angin sebab perut berehat atau tidak bekerja sewaktu tidur.

Baca: Life Shake Shaklee Sebagai Meal Replacement Lengkap

MITOS 9 – NAK KURUS, BUAT SENAMAN KARDIO

Kajian dari Harvard University mengatakan bahawa lelaki sihat yang buat senaman angkat berat selama 20 minit secara konsisten mempunyai kurang lemak perut bila meningkat usia berbanding dengan lelaki sihat yang buat senaman kardio sahaja.

Nak kurus bukan setakat senaman kardio sahaja, tetapi perlu buat weight lifting (angkat berat) juga untuk otot yang sihat dalam jangka masa panjang. Badan akan lebih cantik dan lebih sihat sebab ada otot yang sihat 😊

MITOS 10 – RENDAH LEMAK DAN KURANG GULA ITU BAGUS

Minuman yang berlabel “rendah lemak” selalunya ditambah lebih gula untuk beri rasa sedap. Manakala minuman yang berlabel “kurang gula” bukan bermaksud kurang manis. Gulanya masih banyak, cuma kurang gula berbanding produk sebelumnya.

Even minuman yang berlabel “zero sugar” juga berkemungkinan ada pengganti gula juga tau!

Jadi, kita perlu amalkan untuk periksa label betul-betul sebelum membeli untuk memastikan kandungan gula yang sebenar yang ada dalam minuman atau sesuatu makanan.

Diet untuk kurangkan berat badan ni kita perlu kuat semangat, konsisten dan berilmu, barulah dapat kurus dengan sihat 😊

Jom mulakan gaya hidup sihat!

 

Enjoy!

_Edahyu 😊

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.