Pengalaman
Bercuti Di Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort, Johor// Cuti
panjang Hari Raya AidilFitri tempoh hari, kami sekeluarga bercuti ke Desaru,
Johor. Ini pertama kali kami nak travel ke Desaru ni..Allahuu..rasa sangat
jauhhhh..haha 😂 tapi excited! 😍
Signboard Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort
Nampak je
signboard ni, maknanya dah sampai dan Tunamaya belah kiri. Waktu kami sampai,
guard minta tunjukkan booking copy sebelum bagi masuk.
Urusan check-in
laju dan servis ke bilik pun cepat. Kami book bilik Deluxe Room, jadi dapat bilik
Ground Floor dan direct access ke kawasan luar terus. Oh, Deluxe Room semua di
Ground Floor ya, takde yang tingkat atas.
Deluxe Room dengan 1 katil King dan 1 katil Single Bilik cukup luas untuk kami 4 orang Sliding door ni direct ke taman luar. Ada juga kerusi untuk
rehat-rehat santai. Bilik air minimalis, tiada bath tub 😆 Dapat amenities yang lengkap dalam kotak ni. “The best
is yet to comb”..hahah! Oh, set YOUTH skincare tak termasuk ye 😄Ini set skincare saya yang memang tak boleh
ditinggal 😄
Overall,
biliknya OK dan cukup besar untuk kami 4 orang.
Yang mahal bagi
saya adalah view di Tunamaya ni. Memang cantik 😍 2 hari berturut-turut layan
sunrise. Cantik oiii 😭😍
View dari bilik
kami di Ground Floor. Keluar bilik je dah nampak langit kebiru-biruan dan pokok
kelapa.
Swimming pool Kawasan Tunamaya
ni sangat besar. Ada lawn yang besar, swimming pool dan private beach. Yang
lagi bestnya, tak ramai orang!! Mungkin sebab Tunamaya tak banyak bilik kot,
jadi tak crowded 😀
Kalau datang Tunamaya ni, memang tak boleh lepaskan untuk tengok sunrise. Datang awal dan lepak tepi pantai tengok matahari naik, rasa tenang sangat.
Langit warna purple 😍 Good morning!
3 hari 2 malam
kami di sini, memang kami tak lepaskan peluang untuk tengok sunrise 2 pagi berturut-turut
tu. Jarang kan nak dapat sunrise? (bagi saya lah😂. Selalu kami akan catch up
sunset tepi pantai, kali ini dapat sunrise 😀
Lawn yang besar. Orang tak ramai jadi boleh lah ber OOTD
sakan kat sini. Nak piknik bentang tikar kat sini pun cantik juga.
Frame “I LOVE TUNAMAYA” untuk OOTD T’Maya Beach Bar untuk lepak petang Buaian pilihan
ramai. Ada 2 buaian di tepi Frame “I LOVE TUNAMAYA” dan 2 buaian lagi di
hadapan Nelayan Restaurant. Tak payah berebut sangat..haha
Berjalan-jalan tepi pantai Bermain dengan
matahari dan bayang-bayang di jambatan. Jambatan ni di antara Tunamaya
dan Sand & Sandals Desaru, sebelah Tunamaya. Boleh berjalan kaki saja dan
lalu bawah jambatan sebab access naik dari arah Sand & Sandals. Kami pergi
pagi sebab air surut, jadi boleh lalu bawah jambatan tu. Aktiviti waktu
malam, lepak tepi pantai sambil dengar bunyi ombak 😄 Selain mandi
swimming pool dan mandi laut, di sini ada aktiviti watersports juga. Pondok Sea
Horse Motorsports ni ada di tepi pantai. Kami tak survey pun harganya sebab
memang tak plan nak main watersports.
Kami pergi spa. D’Ombak
Spa ni terletak di level lobi. Kalau berdiri kat lobi tu, memang akan nampaklah
D’Ombak Spa ni.
Package yang ada di D’Ombak Spa Ada banyak
package kat D’Ombak Spa ni. Saya pilih Combo Foot Massage dan Neck Back, RM143.
Boleh lah berbaloi 😊
Bas Tunamaya ni
di luar, memang tinggalan je bas ni..haha..kami singgah sebab nak bergambar dengan
bas cantik warna pink ni 😊 Katanya dulu kat sini ada restoran tapi dah tutup.
Ada 3 restoran
di Tunamaya iaitu Pawana Restaurant (tempat breakfast), Nelayan Seafood By The
Coast dan Medan Ikan Bakar Tunamaya untuk dinner. Dan ada T’Maya Beach Bar
untuk lepak minum petang.
Pawana
Restaurant
Honestly, kami
agak disappointed dengan breakfast kat sini..haha..sangat tak kena dengan
selera 😅 Nasib baiklah breakfast memang included, kalau nak add-on bayar lain
tu memang tak berbaloi lah ye.
Nelayan Seafood
By The Coast
2 malam dinner
kami di sini saja sebab malas nak keluar ke Bandar Penawar. Tak jauh pun
sebenarnya, dalam 10 – 15 minit saja. Tapi, kami pilih untuk makan di sini
saja. Kena buat reservation awal sebab selalu ramai orang. Restoran ni open to
public dan bukan untuk hotel guest saja, mungkin sebab tu ramai.
Menu untuk makan
malam 4 orang. Hidangan ikan masak sweet sour, udang, sayur, bean curd, corn
soup with crab meat dan chicken cuba in yam basket.
Kami nak order Golden Scallop sebenarnya, tapi out of stock pula. Kecewa.
Wok-fried Chicken Cubes with Capsicum Served in Yam
Basket Hidangan untuk 4
orang, total RM265. Berbaloi la sebab foodnya memang sedap! Recommended. Hari
kedua pun, lauk dan harga lebih kurang gitulah. Unless, kalau you guys nak
makan lobster la 😁
Nelayan Seafood By The Coast Australia Lobster Ada 2 slot untuk
booking, 6pm atau 8.30pm. Hari pertama kami book untuk dinner 6pm, servis
memang tip top. Makanan laju je sampai.
Hari kedua kami
pilih makan lewat. Kami sampai 8.15pm, memang ramai orang. Mungkin juga sebab
hari Jumaat (Johor cuti), so orang Johor datang makan besar kot 😆Servis agak
lambat untuk hari kedua. Tapi, overall OK sangat la kalau nak makan sini.
Overall, memang
sangat puas hati stay di Tunamaya ni (except for the breakfast 😂)..haha..saya
rasa memang kita pay for the view 😄😍 Recommended for the ambients and view 👍👍
You
guys pernah bercuti ke Desaru? Boleh lah share pengalaman you guys di ruangan
komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Boleh
baca: The best memories in Rawa Island, Johor
Penang Trip, 2021: Pengalaman Menginap di Hard Rock Hotel, Penang
Sabah Trip, 2022: Sipadan Kapalai Dive Resort
Travelog Langkawi: Pengalaman Menginap di Pelangi Beach Resort
& Spa, Langkawi
Pengalaman di The Shore Hotel, Melaka
Bercuti di Avillion Water Chalet, Port Dickson
Beach getaway!! Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.