Day Trip to Leiden, Netherlands (Early
February, 2020)
Kami sampai Amsterdam dari Marrakesh dah tengah
malam. Memang sejuk gilak. Lepas ambil luggage terus cari entrance tunggu shuttle
bus ke hotel untuk check-in. Nasib baik shuttle bus sampai on time as scheduled
sebab memang kesejukkan 😄😄
Lepas check-in Ibis. Makan. Rehat. Tidur.
.
.
Sebenarnya masa pilih flight untuk trip
Spain-Morocco ni, kami purposely cari flight KLM sebab nak spend at least 1
malam kat Amsterdam. Sebab KLM kan Amsterdam based, jadi flight dari KL atau
nak ke KL akan transit kat Amsterdam dulu, jadi ticket kami KL-Amsterdam (transit)-Madrid dan
balik pun dari Amsterdam. Tips!
Final day of our adventure!!
Bangun pagi. Amsterdam hujan rintik. Gloomy.
Haha 😑
Memandangkan kami dah pernah ke Amsterdam City masa trip sebelum ni, kali ini kami pilih untuk ke Leiden..sebab ada windmill! 😊
Lepas check out, kami naik shuttle bas balik ke airport untuk tinggalkan luggage. Schiphol Airport ni public transport dia senang sebab train dia banyak dan akan terus ke city. Jadi, Leiden here we go!
Sampai Leiden masih pagi. Orang keluar nak
pergi kerja dan kedai masih belum buka. Dannnn masih lagi gloomy, tak hujan
tapi langit gelap. Sejuk!
First stop kami cari tourist information centre sebab nak ambil map. Nampak kecil je Leiden ni dalam map, and attractions dia pun dekat-dekat je 😊 Jalan depan sikit dah nampak windmill..hahah! Just nice la kalau nak spend day trip kat Leiden ni.
Breakfast in Leiden. Kami jumpa kedai jual bagel: "Bagels & Beans". Sedap 😊
Sambung pusing Leiden dengan cuaca kejap hujan renyai, kejap stop. Dan cuaca memang sejuk gila..huhu..dahlah tak bawak payung, kita aci redah jelah sambil tumpang teduh kat kedai-kedai (read: shopping!) 😋
“The
elevation on which the Citadel of Leiden is situated was erected by the
citizens of Leiden as a defence against the water of the Rhine. The Citadel
itself was built around year 1150. The city expanded around the fortress, which
consequently lost its defensive purpose. The city magistrate bought the
location from the viscount in year 1651 and turned it into the city park it is
today”
Yang faham Dutch, boleh la baca ni..hehe 😉
One of the city gates, the Morspoort
Penat pusing-pusing dalam kesejukkan, kami singgah cafe cari waffle. Halal foods ada banyak je kat Leiden ni..kami ada nampak Indonesian foods dan ada halal fast foods juga tapi dalam sejuk-sejuk ni rasanya coffee and waffle is the best 😊
Kecewa dengan waffle 😅 Waffle nipis..Rugi tak
order pancake, pancake meja sebelah nampak sedap!
Lepas panaskan badan sikit, kita cari windmill 😊 Hujan masih sekejap renyai, sekejap stop dan angin memang kuat. Windmill tu siap pusing laju lagi..haha..confirm angin kuat! 😎😍
Lepas puas hati merenung windmill tu (overrr),
kami balik ke train station untuk ke airport. Masa tu baru 3.30pm tapi perlu ke
airport awal sebab nak settlekan tax refund, check-in etc.
Schiphol Airport ni besar dan canggih 😊 Selalu kita self- check in, lepas tu buat
luggage check-in kan. Schiphol Airport ni luggage pun self-check in..hahah!
Tapi, instruction senang nak faham jadi laju je 😊 Lepas check-in, kami ambil masa pusing-pusing Schiphol Airport ni.
Boarding to Malaysia 😊 Bye, Netherlands! Thanks KLM 😍
You guys pernah visit Netherlands dan korang
pergi mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Cordoba : Mezquita-Cathedral & sekitar Cordoba
Travelog Seville : Real Alcazar de Seville
Travelog Morocco : Road Trip to Merzouga Desert, Morocco
Travelog Marrakesh: Jardin Majorelle & Marrakesh's Famous Souk
2 Comments
waa bestnya jenjalan netherland. cantik sgt kat sana
ReplyDeletebetul tu, cantik. Nak repeat lagi to explore more :P
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.