5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air// Saya pasti ramai yang tahu kepentingan minum air yang mencukupi setiap hari. Ini penting untuk pastikan tubuh badan kita sentiasa terhidrat dan tubuh dapat berfungsi secara optimum.

Tapi, tahu tak apa antara kesan tubuh kita dehidrasi (tidak cukup air) dan apa tanda-tanda yang badan kita tunjukkan? Jom, teruskan membaca.

Tidak dapat berfikir dengan jelas dan tidak fokus

5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Air yang mencukupi sangat penting untuk otak kita berfungsi dengan baik. Apabila tubuh badan kita tidak mendapat air yang mencukupi, mood kita mudah untuk berubah dan mungkin menyebabkan kekeliruan atau tidak fokus.

Mengidam sesuatu yang manis

5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Apabila badan kita dehidrasi, kita mungkin akan mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh badan kita memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.

Sebab ini jugalah, salah satu cara atasi craving adalah dengan banyak minum air kosong untuk mengelakkan kita mensalah-tafsir isyarat tidak cukup air sebagai lapar.

Baca: Tips diet sihat: Cara atasi craving

Merasa letih atau pening

5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Air membantu tubuh kita mengawal kadar gula dalam darah dan juga oksigen yang membantu kita rasa bertenaga. Tanpa pengambilan air yang secukupnya, badan kita tidak dapat memproses nutrient secara optimum, yang menyebabkan kita keletihan dan rasa pening.

Tidak dapat melakukan senaman dengan baik

5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Dehidrasi menurunkan tekanan darah dan menjadikan jantung kita bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada kadar senaman kita. Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus tau! Jadi, jangan lupa untuk minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk pastikan badan kita kekal terhidrat.

Mengalami jantung berdebar-debar

5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, kita mungkin merasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.

Tips: Cara untuk mengetahui tahap terhidrat kita adalah dengan memeriksa warna urin. Fokus pada warna urin di gambar bawah ya.

5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Kalau urin anda berwarna kuning, cepat-cepatlah minum air kosong untuk meneutralkan semula warnanya ðŸ˜Š

Semoga bermanfaat!

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia


Enjoy!

_cikEdahyu :)