5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

 

Assalaamualaikum…hai!

Saya pasti ramai yang tahu kepentingan minum air yang mencukupi setiap hari. Ini penting untuk pastikan tubuh badan kita sentiasa terhidrat dan tubuh dapat berfungsi secara optimum.

Tapi, tahu tak apa antara kesan tubuh kita dehidrasi (tidak cukup air) dan apa tanda-tanda yang badan kita tunjukkan? Jom, teruskan membaca.

Tidak dapat berfikir dengan jelas dan tidak fokus

Air yang mencukupi sangat penting untuk otak kita berfungsi dengan baik. Apabila tubuh badan kita tidak mendapat air yang mencukupi, mood kita mudah untuk berubah dan mungkin menyebabkan kekeliruan atau tidak fokus.

Mengidam sesuatu yang manis

Apabila badan kita dehidrasi, kita mungkin akan mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh badan kita memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.

Sebab ini jugalah, salah satu cara atasi craving adalah dengan banyak minum air kosong untuk mengelakkan kita mensalah-tafsir isyarat tidak cukup air sebagai lapar.

Baca: Tips diet sihat: Cara atasi craving

Merasa letih atau pening

Air membantu tubuh kita mengawal kadar gula dalam darah dan juga oksigen yang membantu kita rasa bertenaga. Tanpa pengambilan air yang secukupnya, badan kita tidak dapat memproses nutrient secara optimum, yang menyebabkan kita keletihan dan rasa pening.

Tidak dapat melakukan senaman dengan baik

Dehidrasi menurunkan tekanan darah dan menjadikan jantung kita bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada kadar senaman kita. Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus tau! Jadi, jangan lupa untuk minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk pastikan badan kita kekal terhidrat.

Mengalami jantung berdebar-debar

Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, kita mungkin merasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.

Tips: Cara untuk mengetahui tahap terhidrat kita adalah dengan memeriksa warna urin. Fokus pada warna urin di gambar bawah ya.

Kalau urin anda berwarna kuning, cepat-cepatlah minum air kosong untuk meneutralkan semula warnanya 😊

Semoga bermanfaat!

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia


Enjoy!

_cikEdahyu :)


Post a Comment

15 Comments

  1. Thanks for the timely reminder. Sometimes we are too busy with our hectic lifestyle that we don't properly take in enough fluid to stay hydrated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed! But remember to consume enough water ya! ☺️

      Delete
  2. semua penyakit ada ubat shaklee erk.. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaklee ni supplement, jadi dapatlah bantu kesihatan lebih baik kan ☺️

      Delete
  3. banyak juga tanda-tanda yg berlaku kalau kekurangan air. bolehlah try product ni. nice!

    ReplyDelete
  4. Betul pasal warna urin tu. Saya pantau kadar dehisrasi saya dengan melihat warna urin dan juga kadar kering tekak saya hahaha. Thanks sebab share reminder nie

    ReplyDelete
  5. baru tau craving manis tu tanda tak cukup air rupanya. nice sharing

    ReplyDelete
  6. Sis dari awal tahun dah cut sugar, so far alhamdulilah, berat turun banyak..
    Sis senang je kalau nak tau diri tak cukup air, tekak nak makan manis.. haaa tu memang kurang air laa tu..

    ReplyDelete
  7. haha craving benda manis tu memang selalu sangat. Tak cukup air rupanya. Patutlah dah dapat benda manis pun dok nak makan lagi

    ReplyDelete
  8. betul semua yg sis tulis dlm artikel ni. i am always dehydrated and these are the things i feel on a daily basis!

    ReplyDelete
  9. Betul lah... kadang-kadang kita tak tau kita tak cukup air. Sebab tu saya juga selalu amalkan 2-3liter minum air setiap hari

    ReplyDelete
  10. Thank you for sharing sis! Betul3 , air is important! No air = no air(english air) , air give us oxygen too! Oxygen is refreshing!

    ReplyDelete
  11. Amalan minum air yg mencukupi ni antara yang saya paling susah nak buat. Skrg tgh cuba nk mendisiplinkan diri.

    ReplyDelete
  12. I'm always craving for sweets perhaps I should drink more water instead. Thanks for the tips sure does remind me to take better care of myself.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.