Tips kurus bulan puasa

Tips kurus bulan puasa

Tips kurus bulan puasa// Tiap-tiap tahun waktu puasa kita berazam nak turunkan berat badan, kan. Yelah, dah alang-alang tak makan siang tu kan, confirm boleh kurus punyalah sebelum raya 😊 Tapi, selalunya kurang berjaya..betul tak? Dapat maintain berat tu dah cukup baik…haha

Jom saya share tips untuk kurus masa bulan puasa, boleh la cuba praktikkan.

Wajib bersahur

Tips kurus bulan puasa buah kurma

Bangun sahur adalah Sunnah. Sahur penting untuk memastikan kita mempunyai tenaga untuk aktiviti seharian kita. Jadi, wajib untuk kita bersahur dan kurangkan kemungkinan menjadi naga menjelang berbuka. Bila perut terlalu lapar, semua menjadi sedap dan akan craving macam-macam 😁

Baca juga: Tips atasi craving

Minum air yang mencukupi

Pengambilan air yang mencukupi seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air yang cukup sangat penting untuk elakkan badan kita dehydrate. Ini kerana air dapat bantu kawal kadar gula dalam darah kita dan juga oksigen yang bantu kita rasa bertenaga dan tidak mudah rasa letih. Bila kurang rasa letih, kuranglah nak makan berlebihan semasa berbuka 😊

Tips Minum Air yang Cukup semasa Puasa

Cadangan KKM untuk cukupkan 8 gelas sehari macam ni:

  • 1 gelas selepas bangun sahur  
  • 1 gelas selepas sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

Boleh baca: Tanda Anda Dehidrasi

Kurangkan minum air manis

Tips kurus bulan puasa air tembikai

Air manis memang sedap ketika berbuka puasa kan? Air tebu la, air tembikai la kan. Tetapi bila kita mengambil air manis, kemungkinan untuk kita tidak dapat cukupkan minum 8 gelas air kosong untuk kekal hidrasi tu adalah tinggi.

Jadi, elok jika kita elakkan minuman manis, bergas dan caffein.

Memilih lauk berbuka dengan bijak

Tips kurus bulan puasa ikan masak stim asam boi

Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam dan berlemak (tinggi kolestrol), juga kuih-muih yang manis. Kalau makanan yang rebus-rebus lagi bagus. Boleh la start cara resepi dari sekarang. Bulan puasa nanti, boleh terus praktikkan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat juga dapat membantu rasa kenyang.

Baca: Testimoni Set Kurus Shaklee: Berat Turun 15kg

Kekal cergas

Puasa bukan alasan untuk kita bermalasan dan tidak beriadah. Waktu petang-petang tu kita boleh beriadah secara ringan seperti berjalan laju atau jogging. Dapat juga bakar kalori. Membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, saya kira bukan riadah ye..hehe

Baca: Senaman Ringan Di Pejabat

Solat Tarawikh

Tips kurus bulan puasa masjid tarawikh

Selain dapat pahala solat Tarawikh, aktiviti kita turun naik bersolat juga boleh dikira sebagai senaman, dan boleh membakar kalori. Untung kan, dapat pahala dan dapat bakar kalori juga 😊

ESP – Protein soya Shaklee menjadi pilihan ramai semasa berpuasa kerana protein soya dapat :

1. Membantu dalam memberi tenaga sepanjang hari berpuasa

2. Memberikan rasa kenyang yang lebih lama

3. Kekal aktif dan cergas ketika berpuasa

ESP Shaklee

Baca: Apa Itu ESP?

Promosi ESP Shaklee Mac 2021 

Berminat dengan ESP? 

ESP ini boleh dibeli dengan dua cara:

Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796 untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun 

Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/ESP dan saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Tekan sini

Diskaun Shaklee Promosi Shaklee

Post a Comment

12 Comments

  1. tq share edah... slalu nya la lupa..
    pernah gak try sebln x amek air manis...
    tp lps sebln gian nk minum blk.. adoiiyaaii... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Take moderately kalau gitu, Ako..hehe..gian minum balik yang bahaya tu :P

      Delete
  2. dalam byk2 nk minum air secukupnya tu masalah dia..
    entah mmg xleh ikut mana2 tips ..cm susah!

    tq sahring :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope it helps! Moga kita istiqamah..hehe

      Delete
  3. terima kasih berkongsi...

    hrp thn ni puasa boleh laa kurus sikit hehehe

    ReplyDelete
  4. thn ni tak dpt berpuasa kena pantang. tp bab minum air dan mkn kurma tu wajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh..tahniah ya! :) Betul minum air tu wajib, kurma pun sodappppp :)

      Delete
  5. abe kie cuma mengamalkan diet sihat pd bln Ramadan... x perlu amal tips bagai sbb automatik akan hilang beberapa kg selepas sebulan berpuasa. Memang kelazimannya gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus nya Abe Kie, senang lah gitu :)

      Delete
  6. boleh try tips nii masa puasa nt :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.