Cara Atasi Sembelit, Pedih Ulu Hati, Tambah Berat Badan dan sebagainya semasa Berpuasa

Cara Atasi Sembelit, Pedih Ulu Hati, Tambah Berat Badan dan sebagainya semasa Berpuasa

Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk kita mengalami ketidakselesaan. Ini adalah 6 cara yang dapat membantu kita mengatasi ketidakselesaan supaya dapat kekal bertenaga sepanjang Ramadhan! 😊

Masalah 1: Ketidakhadaman (pedih ulu hati)

Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria. Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus, boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Puasa biasanya mengurangkan jumlah asid perut. Walaubagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku apabila kita teringat mengenai makanan atau terhidu bau makanan dimana, secara semulajadinya akan memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid perut.

Kawal ketidakhadaman (pedih ulu hati) dengan:

  • Makan secara sederhana.
  • Mengelakkan makanan berminyak dan pedas.
  • Mengurangkan pengambilan kafein.
  • Mengambil protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti untuk menguatkan otot perut dan esophagus.
  • Mengambil pudina dan halia untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut.

Boleh baca: ESP protein berasaskan soya

Masalah 2: Sembelit

Sembelit adalah perkara yang biasa dihadapi semasa berpuasa, disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat.

Saranan penyelesaian kepada masalah sembelit. Penting untuk kita:

  • Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar (berbuka puasa).
  • Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat berserta buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan HerbLax, julap semula jadi.

Baca juga: HerbLax, Julap Lembut Semula Jadi

Masalah 3: Letih / Lesu

Pengambilan nutrient dan tidur yang tidak mencukupi serta kehilangan elektrolit menyebabkan tahap tenaga menurun

Saranan penyelesaian kepada masalah letih / lesu. Semasa Ramadhan, adalah penting untuk:

  • Mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti untuk lebih kesegaran semasa bangun bersahur.
  • Pastikan badan terhidrat dengan Performance Drink.
  • Rancang makanan untuk sahur dan iftar dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti ESP Soy Protein.

Baca : Testimoni ESP untuk Kurangkan Gastrik

Masalah 4: Sakit kepala

Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala.

Kurangkan sakit kepala! Pastikan kita:

  • Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang. Bangun sahur sangat penting.
  • Pastikan ambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Hidrat dan tingkatkan tenaga dengan Performance Drink, yang membekalkan gabungan unik elektrolit.

Masalah 5: Dehidrasi

Secara semula jadi, badan kita kehilangan elektrolit melalui pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kecil. Kehilangan yang berlebihan akan menyebabkan dehidrasi, dan pendedahan kepada haba, pengambilan air yang rendah sebelum memulakan puasa serta aktiviti fizikal akan menambah dehidrasi.

Elakkan dehidrasi dengan:

  • Berada di persekitaran yang sejuk.
  • Elakkan pendedahan berlebihan kepada haba.
  • Minum Performance Drink, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan kita kekal cergas.

Baca: 5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Masalah 6: Pertambahan berat badan dan obesiti

Kita mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kecenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

Kekalkan berat badan optimum dengan:

  • Makan secara sederhana.
  • Mengawal dan mendisiplin diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
  • Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
  • Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.

Sumber: www.shaklee.com.my

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Boleh tekan sini

Diskaun Shaklee

Baca juga : Tips Dan Idea Mendidik Anak-Anak Berpuasa Untuk Kali Pertama

Tips Minum Air Yang Cukup Semasa Puasa

Tips Kurus Bulan Puasa

Tips Dan Menu Diet Berbuka Puasa

Post a Comment

3 Comments

  1. terima kasih kpd tips yg diberikan. Abe kie bimbang juga ni sbb sering sakit pinggang masa berpuasa. Nak telan painkiller nanti batal puasa la.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.